Universiti Pendidikan Sultan Idris bersama Khadijah International Waqf Foundatiom (KIWF) telah melaksanakan program dalam bidang sains, teknologi, kejuruteraan dan matematik (STEM) di Sekolah Kebangsaan Dusun Tua pada 8 November 2023. Melebihi 100 pelajar darjah enam dari sekolah tersebut telah mengambil bahagian bahagian dalam program STEM.
Program tersebut tidak akan berjaya tanpa iringan dari pensyarah yang merupakan dari Fakulti Komputeran & Meta Teknologi iaitu Prof. Madya Dr Bahbibi bersama 5 orang mahasiswa UPSI dari bidang AT47 yang bertindak sebagai fasilitator.
Program ini bertujuan untuk memberi pendedahan awal kepada para pelajar di sekolah rendah mengenai kemajuan bidang teknologi dari segi robotik yang mampu dihasilkan daripada pelbagai bahan mudah dapat.
Dengan menggunakan bahan-bahan mudah dapat seperti pen, cawan plastik, gam dan lain-lain lagi, robot yang kecil mampu dihasilkan sekiranya memahami konsep dan asas robotik.
Sedikit sebanyak program ini mampu memberi gambaran awal kepada para pelajar supaya mereka mampu memahami lalu mampu menghasilkan sesuatu yang kreatif dan inovatif di masa kelak.
Guru besar SK Dusun Tua, Encik Asman Bin Harun berpendapat bahawa pendidikan STEM menjadi keutamaan kepada pihak sekolah. Hal ini kerana suasana dan keadaan di SK Dusun Tua sangat menarik dan dipenuhi dengan kepelbagaian idea-idea kreatif.
Antara isi program STEM yang dianjurkan di sekolah tersebut adalah Kereta kawalan jauh (remote control), penjelasan mengenai robot menggunakan sensor, program dengan memakai pakain robot serta pembinaan wiggle bot.
Melalui aktiviti-aktiviti tersebut, para pelajar dapat diperkenalkan dengan keseronokan ilmu sains lalu menimbulkan rasa minat terhadap STEM.
Dengan kerjasama Puan Hajah Mazlina Binti Saidi iaitu dari Khadijah International Waqf Foundation (KIWF), program STEM tersebut dapat dimeriahkan lagi bagi menarik minat para pelajar. Untuk makluman, ini bukan kali pertama pihak KIWF berkolaberasi dengan pihak UPSI utk melaksanakan program STEM.
Semoga program yang dilaksanakan dapat memberi manfaat kepada para pelajar serta pihak-pihak yang terlibat secara langsung atau tak langsung.