Thailand- Fakulti Sains Sukan dan Kejurulatihan (FSSK), UPSI telah membuat kunjungan balas ke Thaksin University, Thailand bagi merealisasikan Program Mobiliti Tanpa Kredit (Outbound) UPSI, bermula 29 Oktober hingga 5 November 2023.

Kunjungan ini telah dihadiri oleh pelajar dan kakitangan FSSK  yang diketuai oleh Dr. Nor Fadila Kasim merangkap Timbalan Pengarah 1, Pusat Antarabangsa dan Mobiliti, UPSI dan turut dihadiri oleh Prof. Dr. Nur Ikhwan Mohamad, Profesor FSSK.

Sesi muay Thai
Majlis Perasmian

Sepanjang tempoh lawatan berlangsung, pelbagai aktiviti menarik telah dijalankan seperti sesi Seminar UPSI–TSU, lawatan ke sekitar kampus, perlawanan persahabatan futsal, bola tampar dan chair ball, sesi Muay Thai, Thai Traditional Massage Workshop, Sukan Tradisi, Youth Roundtable Symposium, mendaki di Khao Ok Talu, lawatan ke Walailak University, lawatan ke Phatthalung Town dan sambutan Malam Kebudayaan.

Semoga program ini dapat memberi pendedahan dan pengalaman kepada warga FSSK berkaitan sosio budaya masyarakat setempat dan perkembangan pembelajaran di Thailand. Program ini juga memberikan platform suai kenal secara global dalam kalangan para pelajar dan kakitangan serta secara tidak langsung dapat mengeratkan hubungan antarabangsa kedua-dua buah universiti.

Dr. Nor Fadila Kasim

“Program ini adalah kunjungan balas FSSK UPSI ke Thaksin University bagi pelaksanaan program outbound UPSI. Program inbound di UPSI telah dilaksanakan pada bulan Ogos 2023 yang lalu dan tujuan diadakan program ini adalah bagi merapatkan hubungan antara UPSI dan Thaksin University serta membina rangkaian jaringan kolaborasi di peringkat antarabangsa”.

Prof. Dr. Nur Ikhwan Mohamad, Profesor, FSSK

“Pelaksanaan program ini adalah memberi peluang dan ruang kepada pelajar tentang pengkongsian ilmu melalui pertukaran budaya, memperkasakan kebolehupayaan pelajar melalui sesi forum dan sebagai nilai tambah untuk persediaan di alam pekerjaan nanti”.

Social media & sharing icons powered by UltimatelySocial
error

Enjoy this blog? Please spread the word :)