UPSI, 15 November 2023 – Persatuan Kejuruteraan Perisian (PKP), Fakulti Komputeran dan Meta-Teknologi (FKMT) Sesi 2023/2024 telah berjaya menganjurkan program bertajuk Your FYP Journey: Technical Writing Talk yang berlangsung secara dalam talian melalui platform Google Meet dan Facebook Live PKP. Program initelah berjaya menarik minat lebih kurang 100 orang peserta untuk turut serta.

Program ini telah dirasmikan oleh Penasihat PKP iaitu YBrs. Dr. Roznim binti Mohamad Rasli, Pensyarah Kanan di Jabatan Kejuruteraan Perisian dan Teknologi Pintar, FKMT.  Seterusnya program telah dikendalikan oleh panel jemputan iaitu YBrs. Dr. Ong Sim Ying yang merupakan seorang Pensyarah dan Ketua Jabatan di Fakulti Sains Komputer dan Teknologi Maklumat, Universiti Malaya (UM). Saudari Intan Shahzani Idayu yang bertindak selaku Pengarah Program menyatakan program Your FYP Journey: Technical Writing Talk ini adalah merupakan penganjuran buat kali keempat dan menjadi kesinambungan kepada siri-siri program sebelum ini yang mengkhusus kepada projek tahun akhir pelajar Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Perisian (AC10).  Namun program kali ini agak berbeza di mana perkongsian yang diberikan bersifat lebih menyeluruh meliputi penulisan teknikal yang bermula dengan abstrak, pengenalan, sorotan literatur, metodologi, analisis dapatan, perbincangan, kesimpulan dan rujukan.

Penceramah jemputan, YBrs. Dr. Ong Sim Ying telah berkongsi kepakaran beliau dengan memberikan penjelasan yang sangat terperinci mengenai penulisan teknikal dan tips yang bermanfaat untuk diaplikasikan semasa melaksanakan projek tahun akhir. Pengetahuan yangberguna tersebut diharapkan dapat dijadikan panduan oleh para peserta dalam menyediakan dokumentasi projek tahun akhir yang berkualiti dan menepati piawaian industri di luar sana.  

Program FYP Journey: Technical Writing Talk sedang berlangsung

Semoga usaha ini menjadi penyuntik semangat kepada semua peserta dalam menghasilkan penulisan teknikal yang bermutu dan baik. Mereka juga diharapkan mampu mengeksploitasikan pengetahuan baharu yang diperolehi bagi mendepani kursus-kursus akademik lain terutamanya ketika menjalani latihan industri kelak.

Social media & sharing icons powered by UltimatelySocial
error

Enjoy this blog? Please spread the word :)