Oleh: Nurul Adila Hasan Albakri
Tanjong Malim: Family Day PTQ merupakan suatu usaha untuk menguatkan hubungan silaturahim antara seluruh pelajar Persatuan Tahfiz Qiraat (PTQ). Hal ini kerana institusi kekeluargaan adalah saluran asas dalam pembentukan pelajar yang bekerjasama, hormat-menghormati dan saling berkasih sayang agar tujuan untuk mengeratkan hubungan kekeluargaan antara ahli Persatuan Tahfiz Qiraat dapat dicapai.
Antara aktiviti yang dijalankan sepanjang program ini berlangsung adalah Futsal, Bola Jaring, Slot Cabutan Bertuah dan Sukaneka serta terdapat beberapa aktiviti sampingan yang dimainkan oleh para pelajar iaitu Sepak Takraw dan Bola Tampar. Aktiviti-aktiviti yang dirancang sepanjang program ini berlangsung adalah bagi menghasilkan satu platform muhibbah antara seluruh pelajar PTQ. Antara pengisian dalam program ini ialah meliputi aktiviti sukan dan kerohanian.





Penasihat Persatuan Tahfiz Qiraat, Ummikalsum Mat Lazim berkata, “Program ini merupakan satu medan penyatuan ukhuwah bagi seluruh ahli PTQ kerana disini mereka saling berkenalan dengan ahli-ahli batch yang lain dan hal ini akan membentuk sebuah institusi kekeluargaan yang sangat kuat antara mereka semua.