Oleh: Dr Abu Zarrin Selamat dan Nurul Aqilah Mohamad Noor

Tanjung Malim: Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) melalui Fakulti Sains Kemanusiaan (FSK) mengambil inisiatif bekerjasama dengan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Cawangan Tapah, Segi Fresh Mart, Persatuan Ikatan Sepadu Anak Jati Sabah (IKSAS), Persatuan Anak Sarawak (JASA), dan Persatuan-persatuan di bawah Fakulti Sains Kemanusiaan dalam menganjurkan Program Solidarity Palestine & Borneo Cultural @ FSK Festival pada 9 Disember yang berlangsung di perkarangan tapak Foodtruck, Kampus Sultan Abdul Jalil Shah.

Penduduk setempat disajikan dengan lapan aktiviti menarik seperti Senam Tari, Solidarity Palestine Fun Walk, Pertandingan mewarna dan melukis poster, Pertandingan Sugandoi dan Pekit Belagu, Sukan Rakyat dan gerai-gerai jualan bagi memeriahkan lagi suasana program.

Sebelum perlepasan Fun Walk oleh Prof. Rahim

Program ini bermula seawal jam 7.30 pagi dengan ‘Solidariti Palestine Fun Walk’ yang disertai kira-kira 100 peserta yang melibatkan mahasiswa UPSI, kakitangan UPSI, pelajar sekolah dan orang awam dalam akiviti tersebut. Sehubungan itu, para peserta juga dibekalkan dengan sehelai mafla untuk dipakai sepanjang berjalan mengelilingi Kampus (KSAJS). Turut Bersama Profesor Dr. Abdul Rahim Razalli, Timbalan Naib Canselor Akademik dan Antarabangsa dalam flag off para peserta.

ADUN Behrang Yang Berhormat Salina Samsudin yang merasmikan program ini. Hadir sama, Nor Rahmat Abd Rahaman, Ketua Unit Bekalan & Unit Kawalan Harga Cawangan Tapah dari Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), Mohd Rabani Mansor, Chef & Food Development Segi Fresh dan Prof Madya Dr. Nor Kalsum Mohd Isa, Dekan Fakulti Sains Kemanusiaan di dalam Majlis Perasmian Program Solidarity Palestine & Borneo Cultural @ FSK Festival. Majlis ini juga dimeriahkan lagi dengan persembahan-persembahan tradisi dari Sabah dan Sarawak yang diwakili oleh persatuan IKSAS dan JASA.

Senam Tari oleh JASA

Di dalam program ini juga turut diadakan Jualan Rahmah Mega yang diurus oleh pihak KPDN dengan kerjasama syarikat Segi Fresh di mana sejumlah 2000 beg beras telah berjaya dijual dalam program terserbut. Selain beras, barang keperluan harian dan dapur seperti ikan, udang, sotong, bawang dan lain-lain turut dijual.

Program ini diharapkan dapat memberi impak yang besar kepada seluruh warga UPSI dan warga Muallim. Malahan, dapat mengukuhkan lagi hubungan Kerjasama yang baik antara UPSI dan komuniti sekitar Tanjong Malim dalam melibatkan diri dengan aktivti-aktiviti yang dianjurkan oleh pihak UPSI.

Social media & sharing icons powered by UltimatelySocial
error

Enjoy this blog? Please spread the word :)