Oleh: Dr Suliana Sulaiman

UPSI – Penglibatan masyarakat penduduk luar bandar dan golongan belia dalam aktiviti eko-pelancongan menggalakkan peningkatan taraf sosial ekonomi masyarakat setempat. Hal ini sejajar dengan Pelan Pembangunan Mampan (SDG) Matlamat 8 iaitu Pekerjaan yang sesuai dan pertumbuhan ekonomi dan juga pelan Perak Sejahtera 2030.

Aktiviti eko-pelancongan yang melibatkan budaya masyarakat setempat mula mendapat tempat dan diberi penekanan oleh pihak kerajaan saban tahun. Justeru itu, untuk memastikan masyarakat setempat bergerak sejajar dengan matlamat negara, program Pemindahan Ilmu telah dijalankan pada 18 November 2023 dan 26 Disember 2023 bertempat di Integrated Knowledge Lab, Fakulti Komputeran dan Meta-Teknologi, UPSI.

Fokus utama program ini adalah untuk membantu penduduk orang asli Sg. Perangin, Hulu Behrang memanfaatkan teknologi bertujuan untuk mempromosi produk perniagaan meraka.  Program selama dua hari ini melibatkan seramai 30 orang peserta dan fasilitator yang terdiri daripada pelajar-pelajar dari Fakulti Komputeran dan Meta-Teknologi, UPSI. Aktiviti yang dijalankan merangkumi program pemindahan ilmu yang berkaitan dengan latihan mobilgrafi, videografi dan penulisan “copywriting” yang lebih berkesan bagi membantu mereka membuat promosi menggunakan platform media sosial.

Selain itu, peserta juga didedahkan dengan kemahiran pengendalian drone secara praktikal. Peserta diberi peluang untuk mempraktikkan penggunaan drone secara individu dibawah seliaan instruktor yang berpengalaman.

Melalui program ini, diharap pengetahuan yang diperolehi dapat membantu dalam merapatkan jurang digital di dalam komuniti sekitar daerah Muallim dan sekaligus mengukuhkan lagi hubungan di antara universiti dan komuniti setempat. Program berimpak tinggi ini juga menggalakkan penguasaan teknologi yang juga dilihat mampu untuk meningkatkan potensi diri dan taraf ekonomi masyarakat orang asli Sg Perangin, Hulu Behrang.

Social media & sharing icons powered by UltimatelySocial
error

Enjoy this blog? Please spread the word :)