Oleh: Vanessa Anak Enturan

SIBU – Masyarakat Iban, sebuah etnik yang tidak hanya dikenali dengan kekayaan budaya warisan mereka tetapi juga dengan warisan puisi tradisional yang pelbagai seperti, jawang, beganu, bepantun dan sebagainya. Puisi tradisional membentuk sebahagian penting dalam kehidupan masyarakat ini, merentasi generasi sebagai medium untuk menyampaikam nilai-nilai, sejarah, dan pengalaman hidup. Dengan penggunaan bahasa klasik dan persembanhan artistik, puisi tradisional etnik Iban menjadi identiti yang memperkaya kepelbagaian seni dan warisan di kalangan masyarakat Iban.

Dalam usaha memartabatkan puisi tradisional etnik Iban, adik Angelina Rani yang merupakan pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris mencabar dirinya untuk melibatkan diri dalam pertandingan ratu cantik atau dikenali sebagai Pekit Kumang di peringkat negeri Sarawak untuk mempersembahkan bakat dalam memainkan puisi-puisi tradisional etnik iban, dimana adik Angelina juga memenangi beberapa kategori dalam pertandingan ‘main asal’ Iban.

“Saya mula berkecimpung dalam pertandingan ‘main asal’ ini apabila saya melihat sendiri peserta dari Pekit Kumang sebelum ini dalam mempersembahkan bakat mereka mendeklamasikan puisi tradisional ini.” Katanya lagi, puisi tradisional etnik Iban kaya dengan nilai sejarah, kearifan lokal dan, estetika bahasa yang tidak semua generasi muda sekarang mengetahuinya. Angelina Rani berharap agar generasi muda perlu memupuk keinginan untuk mempelajari puisi tradisional etnik Iban bukan  hanya sekadar mengenal warisan leluhur, tetapi juga sebuah tanggungjawab untuk menjaga dan melestarikan identiti budaya bangsa.

Melalui puisi, generasi nenek moyang berkomunikasi, mengungkapkan emosi, nilai-nilai moral, dan membahagikan pengetahuan. Dalam konteks masyarakat Iban, misalnya, puisi tidak hanya berfungsi sebagai hiburan tetapi juga sebagai medium untuk mendidik dan memelihara koneksi dengan alam dan nenek moyang.

Social media & sharing icons powered by UltimatelySocial
error

Enjoy this blog? Please spread the word :)