6 Feb 2024 Tg Malim – Majlis Anugerah Biasiswa Bitara UPSI telah telah disempurnakan oleh Y.Bhg Dato’ Naib Canselor. 

Anugerah biasiswa ini bermula dengan bantuan tetap yang WEZAS berikan kepada pelajar-pelajar yang berlatar belakangkan asnaf dan B40. Pada peringkat awal hanya satu kategori shj di perkenalkan iaitu bantuan sara hidup dan diberikan dengan kadar yang minima kepada pelajar yang terpilih. Ketika ini istilah dermasiswa belum lagi digunakan.

Menjelang hujung tahun pertama penubuhan WEZAS (1 Ogos 2020), usaha gigih WEZAS telah menunjukkan pendanaan yang meningkat dengan baik. 

WEZAS mula menawarkan tiga bentuk dermasiswa iaitu kategori A, B dan C. Bagi kategori A, ia merupakan kategori dermasiswa penuh iaitu penerima akan menikmati bantuan penuh meliputi yuran pengajian, yuran kolej / elaun penempatan dan sara hidup meliputi beberapa elaun yg lain.

Tahun kedua penubuhan, kertas kerja dasar penubuhan endowmen mula dirangka. Berdasarkan hasrat dalam amanat Dato’ Naib Canselor pada tahun 2023, bersama pihak Pengurusan, Bendahari, dan  dekan-dekan fakulti  telah menyumbang idea dan tenaga dalam pembikinan dasar endowmen ini. Salah satu yang dimuatkan dalam kertas dasar endowmen ini adalah anugerah Biasiswa Bitara dengan mengambikira asas penawaran dermasiswa yang sedia ada ditawarkan.

Penawaran dermasiswa dan biasiswa ini kemudiannya diletakkan di bawah Jawatankuasa Biasiswa Bitara UPSI (JBBU) yang dipengerusikan oleh Timbalan Naib Censelor Akademik dan Antarabangsa dan dijenamakan sebagai Biasiswa Bitara UPSI sekaligus meletakkan pejabat TNCAA sebagai urusetia penawaran menerusi JBBU.

Selepas garis panduan dan terma rujukan berkaitan siap digubal, pihak KPT telah memperkenalkan program Sulong 1.0. Sedang elok, platform Biasiswa Bitara ini terus berfungsi dan UPSI menjadi salah satu dari 10 UA yang menjayakan program ini. Seramai 10 orang telah terpilih dan mereka merupakan batch pertama yang menerima biasiswa ini.

Dari aspek dana pembiayaan pula, WEZAS berganding dana dengan 3 fakulti iaitu Fakulti Pembangunan Manusia, Fakulti Pengurusan dan Ekonomi dan Fakulti Bahasa dan Komunikasi. Alhamdulillah penawaran biasiswa ini berjaya dibuat bagi menjayakan program sulong 1.0.

Biasiswa Bitara berfungsi lagi. Kali ini seramai 15 orang lagi menerima Biasiswa Bitara UPSI melibatkan jumlah keseluruhan dana. sebanyak RM651,572.00. Kali ini, pendanaan juga melibatkan Kerjasama antara WEZAS dan fakulti.

Bagi fakulti yang mempunyai kekuatan dana yg terdiri drpd IPS, FPE dan FPM, penajaan adalah menggunakan sumbangan endowmen dari dana tabung Amanah masing-masing. Bagi fakulti-fakulti lain yang masih dalam proses pendanaan, pihak WEZAS telah menganugerahkan satu slot biasiswa bagi setiap fakulti bagi membolehkan setiap fakulti mempunyai seorang pelajar tajaan. Bagi kami di WEZAS, ia sebagai satu suntikan permulaan.

Biasiswa Bitara akan menuju kebitaraan insyaAllah selaras dengan aspirasi BITARA 2024.. Seperti yang dimaklumkan oleh Dato’ Naib Censelor dalam aspirasi beliau, kekuatan dana endowmen akan terus diperkasakan apatah lagi dana yang telah berjaya didana menerusi program makan malam Bersama DYMM Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong bakal dinikmati oleh calon-calon yang terpilih. Penawaran akan dibuat dengan syarat yang lebih ketat bagi memastikan calon yang terpilih memenuhi aspirasi kecemerlangan secara holistik disamping menunjukkan pencapaian terbilang di peringkat negara dan antarabangsa.

Jutaan penghargaan kepada seluruh warga UPSI, Alumni, badan korporat, serta orang ramai yang memilih platform WEZAS untuk menyempurnakan Kebajikan anda.

Social media & sharing icons powered by UltimatelySocial
error

Enjoy this blog? Please spread the word :)