Oleh: Siti Nursyahirah Abdul Latip
Tanjong Malim: Majlis Berbuka Puasa Bahagian Komunikasi Korporat (BKK) 2024 telah diadakan 2 April lalu bertempat di Atrium, Bangunan Canselori, UPSI. Majlis turut dimeriahkan lagi dengan kehadiran ahli keluarga kakitangan BKK.
Menu juadah yang dibawa oleh staf seperti kuetiau goreng, sate, mi hun sup, kek brownies, pengat pisang dan berbagai lagi menu pemanis mulut yang dibawa oleh kakitangan.
Setelah majlis berbuka puasa, semua kakitangan dan para tetamu yang hadir menunaikan solat maghrib berjemaah di ruang yang disediakan di BKK 1.
Tambahan lagi, terdapat juga pemberian duit raya kepada kanak-kanak yang hadir yang disampaikan oleh Pengarah BKK, Prof. Madya Dr. Mohd Izwan Shahril dan Profesor Madya Dr. Ghazali bin Din.
Di akhir majlis, semua kakitangan mengambil gambar kenangan bersama-sama ahli keluarga yang hadir serta membuat video ucapan pendek ucapan Hari Raya.
Diharapkan majlis yang berbentuk mengukuhkan ukhwah dan hubungan kekeluargaan sesama kakitangan ini diteruskan lagi di masa akan datang.
Majlis berbuka puasa ini bukan sahaja dapat merapatkan hubungan kekeluargaan antara kakitangan sedia ada, malah ianya juga memberi peluang untuk ahli keluarga sesama kakitangan mengenali antara satu sama lain dengan lebih rapat.