Oleh: Zaidatul Nazwa
5 Mei 2024

Tanjong Malim: Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) melalui Lajnah Modal Insan Kepimpinan, Al-Mursyidin Club (AMC) dengan kerjasama Pusat Islam telah mengadakan Program Train Of Muslim 2.0 (Lets Recharge Our Iman) bertempat di Masjid Al-Mursyidin, Kampus Sultan Azlan Shah UPSI.

Program ini dimulakan ucapan oleh Pengarah Program, disusuli dengan perasmian program oleh Presiden Kelab Al-Mursyidin sidang 2023/2024, saudara Meor Mohamad Fathullah Meor Abdul Razak.

Program ini telah dimeriahkan dengan kehadiran para peserta seramai 40 orang yang terdiri daripada mahasiswa dan mahasiswi UPSI.

Tujuan utama program ini dilaksanakan untuk memberikan maklumat dan penerangan yang lebih terperinci tentang Program Intelektual Tarbiah dan Rohani (PINTAR) yang dilaksanakan di bawah Lajnah Modal Insan AMC.

Selain itu juga, untuk menggupas tentang tajuk Islamiyah kepada para peserta dengan tujuan melatih peserta untuk berfikiran kritis disamping memperkukuh kemahiran bertutur di hadapan khalayak.

Pembawakan secara santai dengan aktiviti ‘Explorace’ telah menarik minat pelajar untuk turut serta dalam program Train Of Muslim 2.0 (TOM).

Antara tajuk Islamiyah yang dibawa oleh para fasilitator adalah Penghayatan Budaya Ilmu, Apa Erti Saya Menganut Islam, Penghayatan Rukun Iman, Islam & Cabaran Semasa serta Adab Pergaulan dalam Islam.

Menerusi kesempatan ini juga, para fasilitator telah menggunakan teknik yang pelbagai dan menarik untuk menampaikan mesej serta ilmu yang bermanfaat kepada para peserta.

Diharapkan dengan segala perkongsian yang disampaikan melalui program ini dapat menjadikan mahasiswa/wi UPSI sebagai pelajar yang dapat mempraktikan ilmu pengetahuan yang diperoleh dalam kehidupan harian dan membentuk mahasiswa/wi UPSI yang baik sahsiahnya.

Social media & sharing icons powered by UltimatelySocial
error

Enjoy this blog? Please spread the word :)