Oleh: Emylia Sunyoto

Tanjong Malim: Bermula dari 10 hingga 12 Mei 2024, Seramai 68 ahli pasukan Kor Siswa-Siswi Pertahanan dari semester empat Universiti Pendidikan sultan Idris (UPSI) telah mengikuti sebuah program Latihan Luar Pemantapan Metodologi yang dijalankan di UPSI Adventure Park di bawah anjuran Kor SISPA UPSI dengan kerjasama dari Pusat Kokurikulum UPSI.

Program Latihan Luar Pemantapan Metodologi ini dijalankan bertujuan untuk memberikan pengalaman yang lebih mencabar kepada (Pegawai Kadet Sispa) PKS Kor SISPA UPSI bagi meningkatkan pembelajaran dan kemahiran peserta disamping memantapkan ketahanan fizikal dan meningkatkan sifat kerjasama antara ahli pasukan.

Aktiviti yang dijalankan sepanjang tiga hari dua malam di UPSI Adventure Park ialah aktiviti Flying Fox, Wall Climbing, High Element, Abseiling, kayak serta rempuh halangan.

Aktiviti yang telah disertai oleh PKS Kor SISPA UPSI sedikit sebanyak telah mengajar mereka untuk meningkatkan tahap kepercayaan diri dengan mengatasi perasaan takut dan gayat akan ketinggian melalui aktiviti lasak seperti memanjat dinding tinggi meluncur di Flying Fox dan  rempuh halangan.

Penglibatan dalam program ini juga sedikit sebanyak telah membantu dalam mengasah bakat kepimpinan dalam diri peserta sekali gus telah menambah pengalaman dan meningkatkan tahap kemahiran peserta disamping memperkukuh kemahiran fizikal, kemahiran ketahanan mental, kemahiran penyelesaian masalah, kerjasama dan kemahiran keselamatan dan kesiapsiagaan.

Setiap aktiviti yang dijalankan sewaktu program Latihan Luar Pemantapan Metodologi berlangsung mempunyai impaknya tersendiri di mana setiap aktiviti tersebut berkaitan dengan pembelajaran yang dilakukan di luar kawasan melibatkan aktiviti lasak atau mencabar fizikal untuk mendapatkan pengalaman yang lebih realistik dan praktikal.

Program ini merupakan salah satu inisiatif yang perlu diteruskan kerana program ini mampu memberinilai tambah kepada PKS Kor Sispa Upsi dalam membentuk jati diri dan meningkatkan pembelajaran serta kecekapan mereka disamping memberi penekanan kepada pencapaian akademik yang cemerlang. 

Program Latihan Luar Pemantapan Metodologi telah dirasmikan oleh Lt. Kol. Bersekutu (PA) Prof. Madya Dr. Muhammad Aqil Aryan Wong dan turut dihadiri oleh Kapt. (PA) Shahrizal Bin Hussin (Pegawai Penyelaras), Lt. M (PA) Nor Syasyah Binti Jamaluddin , Lt. M (PA) Noor Alia Binti Shaharuddin, Pbt. (PA) Ain Zubaidah Binti Rosli.

Bagi menjayakan program ini, Pengarah program telah dilantik dalam kalangan PKS Kor SISPA UPSI Semester 4 iaitu Pbt. (PA) Aiman Syukri Bin Mohd Affandi dengan bantuan Pbt. (PA) Nur Shamimi Binti Yezam.