Oleh: Nurul Aida Mohamed Adam (EDGE)
BANGI, 14 Mei 2024- Mahasiswa Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) berpeluang menghadiri Program Hari Kerjaya UKM 2024 yang telah dianjurkan oleh Pusat Pembangunan Karier (UKM-Karier). Penganjuran hari kerjaya ini adalah satu program yang bermanfaat di mana mahsiswa dapat pendedahan berkaitan peluang-peluang kerjaya yang ditawarkan oleh agensi dan syarikat yang turut serta dalam hari kerjaya ini.
Lebih dari 50 majikan telah menyertai hari kerjaya ini di samping slot untuk agensi/ syarikat mempromosikan syarikat masing-masing. Selain dari itu, pihak penganjur turut membuka kaunter semakan resume yang dikendalikan oleh kaunselor kerjaya di universiti tersebut. Mahasiswa UPSI tidak ketinggalan untuk mengambil peluang yang ada ini sebaik mungkin dan ada juga yang menyertai sesi temuduga terbuka oleh agensi seperti YTL Construction, JobStreet, Shimano Components (M) Sdn. Bhd, Malaysia Digital Economy Corporation dan banyak lagi agensi/syarikat gergasi yang membuka peluang pekerjaan kepada mahasiswa.
Hasil dari maklumbalas yang diterima dari salah seorang mahasiswa yang menyertai lawatan ini menyatakan program ini meningkatkan kesediaan kerjaya dirinya dan beliau terbuka mengetahui bidang lain selain pendidikan seperti digital dan AI yang merupakan salah satu bidang kerjaya yang banyak pada masa kini. Tambah beliau lagi, hasil dari sesi soal jawab bersama industri beliau dapat mengindentifikasikan kemahiran yang perlu dipertingkatkan dan tips untuk mempersiapkan diri untuk masuk ke dunia pekerjaan dan sangat berharap bahawa UPSI turut mengadakan hari kerjaya seperti ini.
Selain mahsiswa UPSI, terdapat juga universiti awam lain yang turut sama hadir memeriahkan hari kerjaya ini seperti Universiti Malaysia Perlis (UNIMAP). Pihak EDGE berharap penganjuran karnival kerjaya UPSI yang akan dijalankan pada bulan Oktober nanti turut mendapat sambutan yang sama khususnya dalam kalangan mahasiswa UPSI dan mahasiswa dari universiti awam yang lain.