11 Mei 2024
Universiti Malaya: Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) sekali lagi mencapai kejayaan dalam acara Karnival sukan (MASUM) Fasa 2 yang telah diadakan di Universiti Malaya. Atlet-atlet UPSI telah berjaya mengumpul sejumlah 1 pingat emas, 4 pingat perak, dan 10 pingat gangsa.
Pencapaian ini telah membawa UPSI ke kedudukan keenam dalam senarai keseluruhan 20 universiti yang bertanding. Ini juga merupakan satu pencapaian bagi UPSI selepas berlangsungnya acara MASUM pada fasa yang 1 di universiti Malaysia Sabah (UMS).
MASUM Fasa 2 di UPSI merupakan platform yang penting dalam membentuk mahasiswa yang berdaya saing dan bersedia menghadapi cabaran dengan pelbagai aktiviti yang teratur dan menyeluruh, acara ini diharapkan dapat menjadi asas yang kukuh bagi setiap mahasiswa dalam mengejar kecemerlangan di universiti dan seterusnya dalam kerjaya mereka. MASUM Fasa 2 adalah langkah awal ke arah kejayaan dan kecemerlangan yang lebih besar di masa hadapan.
Majlis Perwakilan Pelajar UPSI yang telah menyantuni atlet UPSI pada MASUM fasa 1 dan fasa 2 meluahkan rasa bangga dan mengucapkan tahniah kepada yang berjaya memperolehi kejayaan dalam pingat emas, perak dan gangsa. MPP UPSI juga berharap kepada mereka yang terpilih untuk ke peringkat antarabangsa dapat membawa nama baik universiti serta negara ke persada dunia
Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) sentiasa komited untuk melahirkan mahasiswa yang cemerlang bukan sahaja di peringkat nasional, tetapi juga di peringkat antarabangsa. Kejayaan mahasiswa UPSI di arena global adalah pencapaian yang amat dibanggakan
Marilah kita bersama-sama memberi sokongan penuh kepada mahasiswa yang berjaya dalam acara sukan MASUM pada kali ini. Kejayaan mereka adalah kejayaan kita semua, dan dengan semangat ini, kita dapat melangkah ke hadapan untuk membina masa depan yang lebih cemerlang.
“impossible is Nothing”