Oleh: Dr. Sumayyah Aimi Mohd Najib

Yogyakarta- Visiting Professor adalah salah satu program antarabangsa yg mana melibatkan lawatan pensyarah dan membincangkan berkaitan penyelidikan, penerbitan, perundingan, kolaborasi antara kedua buah universiti.

Oleh yang demikian, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) melalui Jabatan Geografi dan Alam Sekitar, Fakulti Sains Kemanusiaan (FSK) telah menjalin kerjasama yang baik bersama Departemen Pendidikan Geografi Universitas Negeri Yogyakarta (UNY).

Bagi program visiting professor kali ini, pihak Departemen Pendidikan Geografi UNY telah menjemput Dr. Sumayyah Aimi Mohd Najib melaksanakan beberapa program bersama dan sesi kuliah di Universitas Negeri Yogyakarta pada 12 hingga 18 Mei.

Dr. Sumayyah telah berbincang berkaitan aktiviti penyelidikan, penerbitan dan melaksanakan sesi kuliah bersama pelajar Ijazah bagi subjek Praktikal Kajian Lapangan bagi Geografi Fizikal. Selaku Ketua Editor bagi Jurnal Geografi, beliau turut berbincang bersama sidang editor Jurnal Geografi UNY bagi jurnal Geomedia berkaitan saling kerjasama antara kedua dua Jurnal.

Kuliah berkaitan kepentingan dan cara penerbitan artikel juga telah dikongsikan  bersama pelajar Pasca Siswazah UNY.

Selain itu, kedua program ini melibatkan pensyarah dan pelajar melaksanakan kajian lapangan yang telah diaturkan bersama beberapa orang pelajar dari UNY yang dilaksanakan dari kawasan Gunung Merapi, salah satu gunung berapi yang aktif di Yogyakarta sehingga ke kawasan Parangtritis.

Pelbagai info berkaitan geologi, sejarah berkaitan Merapi diterangkan oleh Dr. Nurul Khotimah semasa sesi lapangan berlangsung disamping memerhati  bentuk mukabumi sand dunes (gumuk pasir) di kawasan Parangtritis yang tiada di Malaysia selain daripada kedudukan pantainya yang menghadap Lautan Hindi. Banyak elemen geografi dan ilmu baharu yang dapat pelajar belajar semasa kajian lapangan ini dilaksanakan.

Antara pengukuran di lapangan yang dilakukan adalah seperti pengukuran kadar kelembapan bandingan, kelembapan tanah, suhu dan kelajuan angin seterusnya pelajar dapat melihat perbezaan bagi kedua kawasan ini.

Program mobiliti pelajar tidak berkredit diwakili oleh tiga orang pelajar geografi iaitu Bushra Asshakira Baharil Anuar (semester 6), Muhammad Syafiq Razali (semester 4) dan Wan Amirruddin Wan Mohd Nor (semester 6) yang juga majlis tertinggi bagi Persatuan Geografi (Pergeo UPSI).

Program mobiliti pelajar ini secara tidak langsung juga mendedahkan kepada pelajar suasana dan aktiviti kemahasiswaan antara Persatuan Geografi dan Himpunan Mahasiswa Pendidikan Geografi (HMPG) UNY.

Kedua dua persatuan ini telah membentangkan aktiviti persatuan masing-masing yang telah dilaksanakan sepanjang tahun 2023-2024 dan bberapa program antarabangsa telah direncanakan bersama antara kedua belah pihak.

Selain itu, memorandum kesepakatan kerjasama juga telah ditandatangan antara kedua belah pihak yg diwakili Bushra Asshakira dan Yang DiPertua (YDP) HMPG, Madita juga disaksikan oleh penasihat persatuan Pergeo Dr. Sumayyah dan Ketua Jabatan Geografi UNY Dr Dyah.

Terima kasih diucapkan kepada semua yang terlibat bagi Program Visiting Professor dan Mobiliti Pelajar tidak berkredit ini terutamanya bagi Jabatan Geografi dan Alam Sekitar, Fakulti Sains Kemanusiaan UPSI, International & Mobility Centre UPSI, Departemen Pendidikan Geografi UNY,  Fakultas Ilmu Sosial, Hukum dan Ilmu Politik UNY atas tajaan kewangan sepanjang program ini berlangsung.  Semoga program ini memberikan nilai tambah bagi kedua dua pihak.

Social media & sharing icons powered by UltimatelySocial
error

Enjoy this blog? Please spread the word :)