Oleh: Zaki Nasrullah dan Hazim Haziq Rizal
14 Jun 2024

Tanjong Malim: Solat Subuh mempunyai kelebihan dan ganjarannya yang istimewa bagi sesiapa yang berjaya menunaikannya terutama bagi sesiapa yang menunaikannya secara berjemaah antaranya sesiapa yang menunaikan solat subuh maka ia akan berada dalam perlindungan Allah SWT daripada sebarang ancaman dan kecelakaan.

Sehubungan itu, Majlis Mahasiswa Kolej Ungku Omar (MMKUO) telah merancang dan melaksanakan program  ‘Gegar Subuh : Cabar 1000++ Jemaah Solat Subuh’ pada 01 Jun 2024 di masjid Al-Mursyidin, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI).

Sekitar 500 orang pelajar dan warga Muallim turut hadir bagi mengimarahkan program ‘Gegar Subuh : Cabar 1000++ Jemaah Solat Subuh’ buat sesi pertama ini sedikit sebanyak menjadi wadah rohani yang unggul. Peserta bukan sahaja berada di kalangan mahasiswa UPSI namun turut dihadiri warga sekitar daerah Tanjong Malim untuk mendapat peluang Solat Subuh secara berjemaah tetapi dapat merasakan nilai ukhuwah islamiah sesama muslim.

Pengarah Program Gegar Subuh, Nur Syahida Talip berkata “Solat Subuh berjemaah dapat meningkatkan keimanan dan ketakwaan seseorang. Dengan melaksanakan solat pada waktu yang paling awal, seseorang menunjukkan kesungguhan dalam menjalankan perintah Allah SWT.

Tindakan ini bukan sahaja memperkuat hubungan dengan Sang Pencipta, tetapi juga memperdalam keimanan dan ketakwaan seseorang. Rasulullah SAW bersabda bahawa solat berjemaah itu lebih utama sebanyak 27 kali ganda berbanding solat sendirian.

Ini menunjukkan betapa besar pahala yang dapat diperoleh melalui solat berjemaah. Oleh itu, pihak kami sangat bersyukur kerana melalui pendekatan program ini sedikit sebanyak memberi kesedaran dan perubahan diri setiap mahasiswa dan warga Muallim yang beragama Islam.”

Menurut Pegawai Hal Ehwal Islam UPSI, Ustaz Hamdi Azmi ketika menyampaikan kuliah subuh beliau “Solat berjemaah memberi makna kepada kekuatan Islam, jemaah yang hadir pada hari ini seharusnya menanam azam untuk sentiasa solat secara berjemaah.

Syukur ke hadrat Illahi melalui program Gegar Subuh ini ia memberi impak dan memberi pendekatan kepada umat Islam di daerah Muallim turut memeriahkan solat subuh berjemaah di masjid Al-Mursyidin yang mulia ini.”

Program ini menjadi wadah untuk mendidik mahasiswa khususnya agar sentiasa mengabdikan diri kepada Allah dengan cara yang paling terbaik untuk solat subuh berjemaah. Solat Subuh berjemaah dapat mengawali hari dengan penuh keberkatan. Memulakan hari dengan ibadah memberikan keberkahan dalam setiap aktiviti yang dilakukan sepanjang hari.

Program ini menjadi titik permulaan kepada kemeriahan sambutan program yang akan dijalankan persis seperti program ini. Solat Subuh berjemaah membawa banyak manfaat yang tidak terhingga. Ia bukan sahaja memberi ganjaran pahala yang besar, tetapi juga memberi impak positif kepada kehidupan seharian, sama ada dari segi spiritual, sosial, atau rohani.

Ianya sangat digalakkan bagi setiap individu Muslim untuk berusaha melaksanakan Solat Subuh berjemaah di masjid dan meraih segala kebaikan yang datang bersamanya. Semoga melalui program ini dapat menarik lebih ramai mahasiswa untuk bersama-sama mengimarahkan masjid dan memberi semangat kepada keteguhan ikatan ukhuwah secara berjemaah sesama muslim agar tidak wujud perasaan berpecah-belah serta meningkatkan rasa ketakwaan kepada Allah SWT.

Social media & sharing icons powered by UltimatelySocial
error

Enjoy this blog? Please spread the word :)