Pada 19 Jun 2024, Fakulti Pembangunan Manusia, Universiti Pendidikan Sultan Idris Tanjong Malim telah mengorak satu lagi langkah ke hadapan dengan kerjasama bersama Shandong Huayu University of Technology di  Wilayah Shandong (Province), China.

Tujuan kerjasama ini adalah untuk bekerja sama dengan Shandong Huayu University of Technology bagi menubuhkan pusat pembelajaran dan perkhidmatan di Wilayah Shandong. Antara justifikasi penubuhan pusat adalah bagi mengingkatkan kemasukan pelajar antarabangsa khususnya calon pelajar dari negara China. Di samping itu meneroka peluang kerjasama dengan pihak berkeperluan di negara China dengan memperkenalkan dan mempromosi UPSI agar dapat menjadikan UPSI keterlihatan (visibility) di persada antarabangsa.

Shandong Huayu University of Technology merupakan universiti yang akan dijadikan Pusat pembelajaran dan Perkhidmatan UPSI di Wilayah  Shandong.

Lawatan ini juga bertujuan membuat lawatan tapak dan kemudahan fasiliti untuk penubuhan Pusat Pembelajaran. Lawatan ini melibatkan 6 orang kakitangan UPSI yang terdiri daripada Dekan Fakulti Pembangunan Manusia, UPSI Prof. Madya Dr. Abdul Talib Mohamed Hashim, Pengarah Pusat Pedagogi, Penyelidikan dan Inovasi (CPRI) Profesor Dr. Nordin Mamat,  Ketua Jabatan Penduidikan Khas, FPM UPSI  Dr Kway Eng Hock bersama En Muzamil Mahil, Penolong Pendaftar Kanan FPM, Pn Zuraidah Maliki, Penolong Pendaftar dan Pn Anizan Abdul Latif Timbalan Pendaftar Institut Pengajian Siswazah.

Hasil daripada perbincangan dengan pengurusan Shandong Huayu University of Technology, Presidennya Liang Yuguo telah bersetuju menghantar 55 orang pensyarah mereka menyambung pengajian di UPSI iaitu 20 peringkat PhD di FPM, 15 orang pelajar PhD di FPE dan 18 orang pelajar PhD di FSKIK.

Melalui penubuhan Pusat Pembelajaran dan Perkhidmatan di sini, dijangkakan Fakulti Pembangunan Manusia khususnya dan Universiti Pendidikan Sultan Idris secara amnya dapat menawarkan program-program luar pesisir akademik sarjana dan PhD dapat meningkatkan lagi kemasukan pelajar antarabangsa dan dapat menjana aliran kewangan ke UPSI.