Oleh: Muhammad Rais Mujahid Mohd Redzuan

Kazakhstan- Sejak 1996 Universiti SDU (Suleyman Dimitri University) telah menjadi salah satu institusi akademik terkemuka dan inovatif di Kazakhstan yang menambah baik program pendidikan melalui idea dan kreativiti baharu, profesional peringkat antarabangsa, dan pemimpin masa depan.

SDU University telah mengambil pendekatan global dengan menjemput pakar daripada pelbagai negara  di dalam  International Seminar on Profesional Development for Preschool Teachers and Managers. Seminar itu  melibatkan peserta dari kalangan pengurus, pelaksana di Kementerian Pendidikan dan pendidik di Taska dan Tadika Swasta/ Kerajaan di Kazakhstan.

Satu sesi keynote dan bengkel telah berlangsung dengan jayanya di hotel bersejarah era-70an Soviet Union, yang dikenali sebagai Hotel Kazakhstan. Kerjasama di antara Fakulti Pendidikan dan Kemanusiaan, Universiti SDU dan EduMark yang merupakan penaja utama program ini yang turut mendapat liputan berita TV di Kazakhstan. Ucaptama telah dijayakan olehTimbalan Dekan (Hal Ehwal Pelajar & Alumni) Fakulti Pembangunan Manusia (FPM), Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) Profesor Madya Dr Abdul Halim Masnan mengenai kualiti Pendidikan Awal Kanak-kanak di Malaysia. Beliau turut diberikan peluang untuk ditemuramah berkaitan pendidikan prasekolah di Malaysia dalam salah satu saluran TV utama di Kazakhstan.

Program ini bukan sahaja membuka mata ahli akademik di Kazakhstan berkaitan pendidikan awal kanak-kanak berkualiti di Malaysia  malah ia memberi peluang kepada akademia UPSI untuk membina hubungan yang baik bersama Universiti SDU melalui program yang melibatkan 4P ini.

Dekan Fakulti Pembangunan Manusia, Prof Madya Dr Abdul Talib Mohamed Hashim berkata, “Kolaborasi yang dijalinkan ini akan menjadi satu permulaan yang bakal memberi impak yang besar antara UPSI dengan SDU University ini.”

Perbincangan meja bulat bersama pendidik, pelajar dalam bidang Prasekolah dan pendidikan lain

Dekan FPM juga turut mengucapkan jutaan terima kasih kepada Rektor, dekan dan pensyarah-pensyarah dari Universiti SDU diatas kerjasama menjayakan hubungan dua hala ini. Semoga inisiatif ini akan membawa kepada manfaat berpanjangan kepada kedua-dua institusi.

Sesi Bengkel Hands on berkaitan pembangunan profesional juga turut disampaikan oleh Timbalan Dekan Jaringan Industri dan Pengkormesilan FPM, Dr. Nor Mashitah Mohd Radzi. Penerangan dilaksanakan bersaman Pengurus Taska dan Tadika Swasta telah menjadi penanda aras buat peserta terhadap kemampuan dan kepakaran FPM yang ditawarkan.

Fakulti Pembangunan Manusia juga tidak melepaskan peluang dengan mengadakan lawatan dan satu perbincangan dalam bentuk kerjasama melalui aktiviti menandatangani perjanjian persefahaman Surat Niat, Letter of Intent (LOI) di bawah program pendidikan Latihan dan Pendidikan Prasekolah bersama Zhainagul Duisebekova, Dekan Fakulti Pendidikan dan Kemanusiaan, Universiti SDU.  Deleagasi FPM turut mengambil kesempatan untuk bertemu dengan Rektor SDU iaitu Prof. Dr. Alimzhan Igenbayev, bagi menyampaikan hasrat kerjasama dan kiriman salam dari Naib Canselor, UPSI.

Harapan fakulti adalah melalui program ini lebih banyak kerjasama melibatkan penyelidikan, perundingan, penerbitan, mobiliti pensyarah/pelajar (inbound dan outbound) yang berimpak tinggi dan mengharumkan nama FPM dan UPSI ke peringkat antarabangsa.

Social media & sharing icons powered by UltimatelySocial
error

Enjoy this blog? Please spread the word :)