Oleh: Dr. Wan Nurul Huda Wan Ab Kadir

Slim River, 5 September 2024 – Program Sumbang Bakti dilaksanakan dengan kerjasama Fakulti Sains dan Matematik (FSM) Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) dan kolaborasi bersama SMK Dato’ Zulkifli Muhammad, Kementerian Pendidikan Malaysia.

Program ini telah mendapat kerjasama yang baik daripada para pentadbir SMK Dato’ Zulkifli Muhammad terutamanya Pengetua SMK Dato’ Zulkifli Muhammad, En Ainuddin Muhammad serta ketua panitia SMK Dato’ Zulkifli Muhammad, Pn Faeza Farida Asras.

Gambar peserta semasa program dijalankan

Program ini ini menerapkan pembelajaran Sains melalui aplikasi Augmented Reality (AR). Pembelajaran Sains dengan aplikasi AR ini dapat menghasilkan murid yang dapat mengalami pembelajaran berteraskan STEM.

Program ni menerapkan pembelajaran melalui aplikasi Augmented Reality (AR). Perkembangan Pembelajaran Sains dengan aplikasi AR memberikan banyak implikasi positif dalam pendidikan masa kini.

Bagi murid, pembelajaran berasaskan AR dapat meningkatkan minat mereka dan memudahkan proses pembelajaran kerana murid dapat melihat dan memahami pembelajaran dalam 3D serta dapat memberikan pemahaman yang lebih baik tentang pembelajaran yang mereka alami.

Di samping itu, ia menyediakan murid dengan pengetahuan yang lebih komprehensif tentang teori Sains dan aplikasi praktikal melalui aktiviti STEM.

Bagi guru, penggunaan AR dalam pendidikan Sains berpotensi untuk meletakkan semula penggunaan buku teks konvensional sebagai bahan bantu mengajar.

Pembelajaran Sains menggunakan aplikasi AR berpotensi menjadi medium yang sesuai untuk pengajaran dan pembelajaran kerana menggunakan pelbagai jenis mekanisme pembelajaran aktif dan berorientasikan STEM terutamanya untuk menggalakkan pencapaian mata pelajaran Sains Tulen.

Seramai 17 orang murid aliran Sains Tulen SMKDZM terlibat dengan aktiviti ini dan murid yang terlibat dalam program ini disajikan dengan pelbagai aktiviti menarik bagi menambah minat murid dalam subjek Sains Tulen.

Terdapat pelbagai aktiviti yang telah dijalankan semasa program adalah murid menjalankan pembelajaran yang menarik (pengukuhan teori) melalui aplikasi Augmented Reality (AR).

Murid juga mengalami pembelajaran amali Sains apabila mereka dikehendaki menjalankan amali hasil daripada pembelajaran melalui aplikasi Augmented Reality.

Murid menjalani pembelajaran interaktif melalui aplikasi Augmented Reality
Murid menjalani pembelajaran interaktif melalui aplikasi Augmented Reality

Murid turut diberikan lembaran kerja serta Latihan pengukuhan bagi mengukur kefahaman mereka berkaitan tajuk yang dipelajari.

Program yang telah dijalankan ini dapat memberi impak tinggi terhadap pengetahuan Sains murid-murid tingkatan empat SMKDZM.

Lanjutan daripada program ini, ianya dapat meningkatkan motivasi murid terhadap subjek Sains. Oleh yang demikian, peratusan murid yang meminati mata pelajaran Sains akan meningkat.

Selepas program tamat, murid yang telah menyertai program ini dapat berkongsi pengetahuan yang baharu melalui aktiviti yang telah dijalankan ini bersama-sama dengan murid yang lain di sekolah mereka.

Murid menjalankan Latihan pengukuhan melalui kuiz
Murid menjalani pembelajaran amali

Semasa melaksanakan aktiviti pembelajaran melalui pembelajaran menarik dengan integrasi STEM melalui aplikasi Augmented Reality murid-murid dilihat amat teruja kerana dapat melihat sesuatu objek secara maya dalam 3 dimensi (3D). Keadaan ini dapat meningkatkan kefahaman murid bagi mata Pelajaran Sains Tulen.

Program ini juga dapat memupuk sifat kelestarian sosial yang mana murid-murid ini mempunyai rasa kebertanggungjawaban terhadap diri, keluarga dan komuniti dengan memilih bidang STEM amnya sebagai kerjaya mereka yang membawa kepada kelestarian ekonomi.