Oleh: Nur Muhammad Abd Kadirjelani

Tanjong Malim, 1 Oktober 2024 – Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) mengadakan program “Hujjaj Muda & Simulasi Ibadah Haji 2024” yang dianjurkan oleh Pusat Islam UPSI dengan kerjasama Tabung Haji, JHEPA, WEZAS, Majlis Perwakilan Pelajar, dan Kolej-Kolej Kediaman.

Program ini dijadualkan berlangsung dari jam 8.00 pagi hingga 3.00 petang di Perkarangan Masjid Al-Mursyidin dan Kawasan Parking Solar UPSI.

Penceramah yang dijemput untuk program ini termasuk Al-Fadhil Haji Ustaz Hasnil Abu Bakar dan Ustazah Hajah Yusnah Yusof. Mereka telah membimbing peserta melalui teori dan praktikal ibadah haji, memberikan panduan yang diperlukan untuk melaksanakan rukun Islam yang kelima ini dengan lebih baik.

Sewaktu majlis perasmian program, dengan jayanya telah dirasmikan oleh Ketua Kewangan Tabung Haji Negeri Perak, Tuan Haji Saiful Hafiz Shihabudin.

Kehadiran beliau dijangka dapat memberikan inspirasi kepada pelajar untuk mendalami ilmu mengenai ibadah haji serta meningkatkan kesedaran tentang kepentingannya.

Sebagai daya tarikan tambahan, program ini menawarkan hadiah menarik bagi peserta. Tambahan pula, pembukaan akaun baharu, kuiz Tabung Haji, dan jualan nota haji serta umrah juga disediakan untuk belajar di perkarangan masjid tersebut. Oleh itu, peserta yang berminat perlu membawa Mykad dan wang tunai RM2 untuk pembukaan akaun secara percuma.

Kesimpulannya, dengan pengisian yang bermanfaat dan peluang untuk mendapatkan hadiah, program ini diharapkan dapat memberi pendedahan yang berguna kepada pelajar mengenai ibadah haji dan persiapan yang perlu dilakukan.