Oleh : Nur Dayana Hazmin Norazmi

Tanjong Malim, 20 Oktober 2024- Program Festival Malam Inspirasi di bawah anjuran Ahli Jawatankuasa Blok Kediaman 4 , Kolej Harun Aminurrashid siding 2024/2025 , Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) berlangsung dengan jayanya dengan kehadiran hampir 300 orang penghuni kolej.

Festival Malam Inspirasi merupakan sebuah acara yang dianjurkan dengan tujuan untuk menggalakkan kreativiti, inovasi, dan ekspresi seni dalam kalangan penghuni kolej Harun Aminurrashid.

Festival ini dianjurkan untuk memberikan peluang kepada peserta dalam menonjolkan bakat mereka dalam beberapa pertandingan utama, termasuk pertandingan puisi, sajak, dan peragaan pakaian yang dihasilkan daripada bahan terpakai.

Para peserta akan mendeklamasikan puisi dan sajak asli yang ditulis berdasarkan tema yang ditetapkan iaitu tema kehidupan.

Puisi dan sajak yang dicipta harus mencerminkan kreativiti, keindahan bahasa, dan penghayatan seni.  Begitu juga dengan pertandingan peragaan pakaian menggunakan bahan terpakai.

Para peserta akan menghasilkan pakaian unik yang dibuat sepenuhnya daripada bahan terpakai. Pertandingan ini bertujuan untuk menggabungkan fesyen dan kelestarian alam dalam satu persembahan kreatif.

Seramai 13 orang peserta yang menyertai pertandingan sajak, puisi dan peragaan pakaian. 7 orang peserta mendaftar dalam pertandingan peragaan pakaian manakala 3 orang peserta mendaftar dalam program sajak dan peserta selebihnya bagi pertandingan puisi.

Program dimulakan dengan pertandingan puisi terlebih dahulu diikuti dengan pertandingan sajak dan peragaan pakaian.

Setiap peserta yang bertanding menunjukkan persembahan yang penuh dengan konsep dan penceritaan sehinggakan ada sebuah persembahan yang menitiskan air mata penonton.

Menurut Pengarah Program, Aini Syahida menjelaskan program ini dianjurkan bagi menyuburkan bakat seni dalam diri penghuni dan juga  sebagai platform kepada para pecinta seni untuk mempersembahkan karya mereka dalam bentuk puisi dan sajak.

Beliau menambah lagi bahawa program ini juga mampu memupuk semangat inovasi kitar semula dalam diri bagi menggalakkan kreativiti dalam menghasilkan pakaian daripada bahan-bahan terpakai seterusnya mengurangkan sisa sampah.

Turut hadir Dr. Maskanatul Fiqiyah selaku Felo Kediaman Blok 4 bagi merasmikan dan melihat bakat-bakat penghuni pada hari tersebut. Beliau juga menyampaikan pandangan tentang pertandingan yang dianjurkan dan memberi maklum balas yang positif kepada setiap peserta yang bertanding.

Bagi pertandingan puisi dimenangi oleh Sharifah Shahirah Syed Sagaff dengan menjadi persembahan pilihan penonton dari semua penonton yang hadir.

Seterusnya, bagi pertandingan sajak pula dimenangi oleh Nurul Syahera Zainudin dan Umi Laila Sabihah Binti Uma Baki dinobatkan sebagai Johan bagi pertandingan peragaan pakaian.

Program Festival Malam Inspirasi Tradisi ini diteruskan lagi disebelah malam iaitu ceramah yang bertajuk ‘Alhamdulillah Stress‘ . Ceramah ini disampaikan oleh penceramah jemputan iaitu Dr. Maskanatul Fiqiyah dan juga selaku Felo Kediaman Blok 4.

Program Mengurangkan Stres ini dianjurkan untuk membantu individu menangani tekanan hidup seharian melalui pendekatan holistik yang merangkumi aktiviti fizikal, mental, dan emosi.

Antara perkara yang beliau kongsikan adalah punca-punca tekanan dan cara mengatasinya. Beliau juga menjelaskan bahawa masalah datang sebagai jawapan kepada doa kita, kerana Allah mendengar doa hamba-Nya.

Sebagai contoh, masalah kewangan timbul untuk diatasi apabila seseorang berdoa untuk kekayaan dan kesulitan dalam pembelajaran adalah ujian bagi ilmu yang bermanfaat.

Selain itu, beliau turut menjelaskan bahawa punca tekanan lain termasuk keinginan yang berlebihan, pergaulan tanpa memilih teman yang baik serta kekuatan mental yang tidak seimbang dengan cita-cita besar.

Beliau juga mengupas mengenai Eisenhower Matrix dan menunjukkan video Paralimpik 2016 sebagai inspirasi dan menekankan bahawa jika mereka mampu menghadapi tekanan dan mencapai Impian, kita juga boleh.

Melalui pendekatan yang disentuh oleh Dr Maskanatul , penghuni dapat membina daya tahan mental yang lebih kuat, seterusnya meningkatkan produktiviti dan kualiti hidup secara keseluruhan.

Turut hadir Felo Kediaman Blok 5 iaitu Encik Mohd Izzat Abdul Rahman serta 380 orang penghuni kolej bagi memeriahkan lagi sesi ceramah yang dianjurkan.

“Harapan saya supaya program ini dapat memberi impak yang bermakna kepada semua mahasiswa serta menjadi titik tolak kepada lebih banyak program yang mendidik dan menyentuh jiwa pada masa akan dating.

“Semoga kita semua dapat terus bersama-sama memperkukuhkan jati dri, mengurangkan stress dan membina kehidupan yang lebih positif“, Kata Aini Syahida selaku Pengarah Program dan juga Exco Kediaman Blok 4.

Social media & sharing icons powered by UltimatelySocial
error

Enjoy this blog? Please spread the word :)