Oleh: Wan Ahmad Izani Wan Zainudin, Kamalia Izzati Ahmad Rahimi & Cik Ummikalsum Mat Lazim

Tanjong Malim, 22 Oktober 2024 – Program Jom Dalami Ilmu Tajwid Siri 1 telah berlangsung dengan jayanya di Dewan Kuliah Pusat 7, Kampus Sultan Azlan Shah, UPSI melibatkan 120 orang warga UPSI.

Program ini bertujuan untuk meningkatkan pemahaman dan penghayatan warga UPSI terhadap ilmu tajwid dalam pembacaan Al-Quran.

Program ini menggunakan Matan Tuhfatul  Athfal. Matan ini membincangkan tentang asas-asas tajwid yang perlu dikuasai  oleh setiap muslim. Program daurah ini adalah satu usaha untuk menjadikan mahasiswa UPSI yang menguasai asas-asas ilmu tajwid.

Seterusnya, dapat  meningkatkan lagi semangat dalam diri mahasiswa untuk membaca al- Quran setiap hari dan mempelajari ilmu-ilmu yang berkaitan agama khususnya.

Menurut Penasihat Persatuan Tahfiz Qiraat, Ilmu tajwid adalah penting dalam memastikan bacaan Al-Quran yang betul dan sempurna.

Program seperti ini bukan sahaja membantu meningkatkan pengetahuan tetapi juga mengukuhkan hubungan rohani antara umat Islam dengan kitab suci al-Quran. Semoga usaha ini diberkati dan diteruskan dengan lebih banyak program yang bermanfaat pada masa akan datang”.

Program ini telah disempurnakan oleh Dr Wan Muhammad Hafizuddin Wan Abd Halim yang merupakan Penyelaras Program Tahfiz Al-Quran dan Qiraat (AT36), FSK, UPSI.

Program Jom Dalami Ilmu Tajwid Siri 1 telah mendapat sambutan yang amat menggalakkan daripada seluruh warga UPSI melibatkan mahasiswa daripada pelbagai fakulti antaranya Fakulti Sains Matematik, Fakulti Bahasa dan Komunikasi serta banyak lagi.

Ramai peserta menyatakan kesyukuran dan penghargaan atas penganjuran program ini yang sangat bermanfaat. Program ini diharapkan dapat diteruskan dengan siri-siri seterusnya bagi memperkukuh ilmu tajwid dalam kalangan pelajar.