Oleh: Noorheli Ayob
Lumut, 27 Oktober 2024 – Pelaksanaan Kursus Kepimpinan Islam melalui penghayatan Ibadah dan Aqidah berjaya dilaksanakan dengan penglibatan oleh Persatuan Pelajar berteraskan Islam dan Mahasiswa Kolej Kediaman khusus dibawah Exco Latihan dan Pembangunan Sahsiah seramai 33 orang peserta.
Tujuan utama pelaksanaan kursus bagi membentuk kumpulan pemimpin Mahasiswa Islam dikalangan Majlis Mahasiswa Kolej dan Persatuan Pelajar berorientasikan Islam yang memiliki kesatuan fikir dan amal (Satu visi dan Misi) agar menggerakkan Program Amal Makruf nahi Mungkar serta menjadi contoh tauladan kepada Mahasiswa Kampus dari segi adab, akhlak, akademik dan kepimpinan (FAST).
Selain itu, program ini juga bertujuan bagi membincangkan hala tuju program yang akan dilaksanakan bagi tahun 2025 dengan kerjasama Pusat Islam dan Masjid Al Mursyidin UPSI.
Semoga kursus ini mampu memberi pendedahan dalam ilmu kepimpinan Islam bagi melahirkan pemimpin pelajar yang bertanggungjawab dan bersemangat melaksanakan program berbentuk dakwah disamping menjadikan Pusat Islam UPSI sebagai rujukan utama dalam menyelaraskan program khusus melibatkan Islam dan aspek kerohanian.