Oleh: Muhammad Hamdi Azmi

Tanjong Malim, 1 Disember 2024 – Pusat Islam UPSI dengan Kerjasama Jaipk menganjurkan kursus Pra Perkahwinan Islam melibatkan 100 peserta terdiri dikalangan warga UPSI siri 1 sesi 2024 pada 30 November dan 1 Disember lalu.

Kursus Pra Perkahwinan UPSI ini adalah penganjuran yang pertama Bersama Jaipk sejak covid melanda Negara.

Program ini dimulakan dengan ucapan alu aluan oleh Pengarah Pusat Islam UPSI, En. Muhammad Tarmizi Abd Rahman dan menampilkan 5 orang penceramah yang pakar berkaitan alam rumah tangga.

Antara aspek terpenting yang disaji adalah akad yang sah dan juga persefahaman yang tekad menjadi tonggak dalam sesebuah institusi kekeluargaan rumah tangga.

Pusat Islam UPSI dengan kerjasama jaipk tekad meluaskan lagi kursus pra perkahwinan kepada warga UPSI pada masa akan datang dengan mengatur secara berkala agar ilmu yang manfaat ini menjadi cita-cita dan praktikal yang ampuh dalam memastikan ilmu ini dapat diamalkan oleh para peserta setelah berumahtangga.

Sehubungan dengan itu, program ini juga turut disajikan dengan tip-tip Kesihatan suami
isteri agar bahtera yang dilayari ini menepati tuntutan Zahir mahupun batin dalam kehidupan
Insani.