Oleh: NUR AQILAH AMNI

Tanjong Malim, 24 November 2024: Kejohanan E-Sukan tahunan UPSI iaitu E-Gauntlet telah berjaya menarik penyertaan besar dan meraih sambutan hangat daripada pelajar dan komuniti tempatan.

Bertempat di Dataran Cemerlang, UPSI menjadi medan perang di mana keberanian hadir bermula dengan langkah pertama iaitu kejayaan dalam permainan pertama.

Ketangkasan jari, kekuatan minda dan kejayaan terletak di hujung jari pemain dalam dunia digital adalah kejayaan nyata.

Majlis Mahasiswa Kolej Harun Aminurrashid 2024/2025 Exco Sukan telah menganjurkan program E-Gauntlet dengan kerjasama UPSI Esports yang mempertandingkan permainan PUBG dan ‘Stumble Guy’.

Melalui program E-Gauntlet yang dianjurkan ini mereka dapat melebarkan sayap dalam sukan eletronik atau lebih dikenali sebagai e-sport.

Program E-Gauntlet ini sememangnya dapat menghapuskan jurang hubungan antara mahasiswa UPSI supaya keharmonian dapat dibentuk serta membina ukhwah antara satu sama lain.

Program yang berlangsung selama tiga hari bermula 22 November ini menyaksikan sebanyak 72 pemain terhad yang terdiri daripada 14 ahli dari pelbagai fakulti bersaing dalam permainan popular seperti PUBG dan 62 orang permain terhad menyertai permainan Stumble Guy.