Oleh: Bazli Razak
Tanjong Malim, 12 Disember 2024 – Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) mencipta kejayaan melalui penganjuran UPSI Career & Internship Fair 2024 yang bertujuan menyediakan platform bagi mahasiswa berinteraksi dengan pelbagai industri serta memahami dunia pekerjaan dengan lebih dekat.
Program yang dianjurkan dengan kerjasama Pusat Pembangunan Keusahawanan dan Kebolehpasaran Graduan (EDGE) UPSI, Pusat Latihan Mengajar dan Induksi (PULAMI), TalentBank serta EDGERS ini telah berjaya menarik penyertaan lebih daripada 50 organisasi terkemuka termasuk TalentBank, Excelerate, dan JobStreet.

Menurut Pendaftar UPSI, Encik Helmi Zaifura Abdul Rahman menzahirkan penghargaan
terhadap komitmen dan usaha semua pihak yang terlibat.
“Komitmen, semangat, dan kerja keras anda semua menjadi tulang belakang kejayaan program hari ini.
“Kehadiran pempamer serta agensi terkemuka bukan sahaja menyerikan program ini, malah memberikan peluang berharga kepada mahasiswa untuk memahami dunia pekerjaan dengan lebih dekat.
Tegas beliau, kepentingan program seperti ini dalam meningkatkan kebolehpasaran graduan UPSI.
“Program seperti ini memainkan peranan penting dalam membina jambatan antara dunia akademik dan dunia pekerjaan.
“Ia memberikan ruang kepada mahasiswa untuk berinteraksi secara langsung dengan majikan-majikan serta mendapatkan panduan yang amat berguna untuk mempersiapkan diri mereka menghadapi cabaran masa hadapan.
Beliau berkata demikian ketika merasmian program ini yang bertempat di Panggung Percubaan, Kampus Sultan Azlan Shah, UPSI.

Antara daya tarikan utama program ini ialah sesi taklimat dan perkongsian khas daripada Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP) yang membolehkan mahasiswa bertanya soalan secara langsung kepada wakil SPP, sekaligus mendapatkan maklumat tepat mengenai proses lantikan dan peluang kerjaya sebagai pegawai pendidikan.
Selain itu, program Khazanah Youth Development Programme turut diadakan sebagai salah satu inisiatif untuk memperkasakan graduan UPSI.
Tidak ketinggalan, program ini turut disokong oleh para penaja yang bermurah hati menyumbangkan hadiah menarik seperti Apple Watch dan hadiah misteri lain yang menyemarakkan semangat para pelajar untuk menyertai aktiviti yang disediakan.
“Program ini membuktikan komitmen UPSI dalam memastikan graduannya bersedia untuk melangkah ke dunia pekerjaan dengan keyakinan dan kemahiran yang diperlukan.
Dalam pada itu, beliau juga turut menyeru mahasiswa untuk memanfaatkan sepenuhnya peluang yang diberikan.
“Dunia pekerjaan sememangnya penuh cabaran, tetapi saya yakin dengan ilmu, kesungguhan, dan keberanian, anda semua mampu mencapai kejayaan yang cemerlang.
“Jangan takut untuk bermimpi besar kerana setiap kejayaan bermula dengan langkah pertama,
“Program ini sekali lagi mengukuhkan peranan UPSI sebagai institusi pendidikan unggul yang bukan sahaja melahirkan graduan cemerlang dari segi akademik, malah berketerampilan tinggi untuk menyumbang kepada pembangunan negara,” ujar beliau.

Turut hadir Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) UPSI, Prof Dr. Abdul Rahim Razalli; Pengarah Pusat Keusahawanan dan Kebolehpasaran Graduan UPSI, Prof Madya Dr. Sharul Effendy Janudin; Pengarah, Pusat Latihan Mengajar dan Industri UPSI, Prof Madya Dr. Ashardi Abas
