Oleh: Alya Natasya jais, Syarul Shaffiq, Nur Anis Farhana.
Tanjong Malim, 15 Disember 2024 – Majlis Mahasiswa Kolej Aminuddin Baki (KAB), Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) sidang 2024/2025 mengadakan satu program gotong-royong atau lebih dikenali New Year Clean-Up pada 15 Disember.
Penglibatan dalam aktiviti gotong royong ini dalam kalangan penghuni kolej Aminuddin Baki bagi menyediakan kawasan sekitar kolej yang bersih dan selamat sebelum memasuki tahun baru 2025.
Disamping itu juga, ingin memupuk sikap bertanggungjawab dalam menjaga kebersihan tempat tinggal mereka, serta menghijaukan kawasan kolej dengan menanam tumbuh-tumbuhan di sekitar kolej.

Program New Year Clean-Up ini telah dihadiri oleh penghuni khususnya penghuni Kolej Aminuddin Baki iaitu seramai 150 orang peserta yang terdiri daripada barisan Felo, Majlis Mahasiswa Kolej, Rakan Exco, serta penghuni Kolej awam dan juga penghuni kolej Palapes.


Program New Year Clean-Up ini memfokuskan kepada pembersihkan Kawasan sekitar blok KAB atau lebih khususnya iaitu kawasan pembiakan nyamuk Aedes dan haiwan merbahaya seperti ular.
Penghuni Kolej Aminuddin Baki sangat memberikan kerjasama yang baik dalam bersama-sama membersihkan Kawasan Pusat Aktiviti Pelajar, rumah sampah serta Kawasan takungan air yang lain.
Manakala, sebahagian lagi penghuni membersihkan Kawasan blok dan rumah masing masing.
Disamping itu, penghuni turut menolong Majlis Mahasiswa Kolej KAB untuk bersama-sama melakukan penanaman anak pokok kelapa kawasan disekitar Kolej KAB bagi menceriakan lagi disekitar Kawasan KAB.

Tidak dilupakan juga sesi penyampaian hadiah sijil kepada para pemenang rumah yang paling terbersih, ini merupakan inisiatif yang baik untuk mendorong lebih banyak lagi penglibatan dan komitmen dalam program-program yang dianjurkan oleh Kolej Aminuddin baki.

Apa yang diharapkan semoga program ini mampu memberi impak positif dan ikatan ukhuwah yang lebih erat terbina antara pihak pengurusan kolej dengan penghuni kolej sekaligus menerapkan sifat tanggungjawab dalam menjaga kebersihan diri, rumah dan kawasan persekitaran demi meningkatkan imej kolej.
