Tanjung Malim, 4 Mac 2025 – Staf WEZAS hari ini mengikuti kursus CIDB – Green Card bagi memenuhi sebahagian daripada syarat yang perlu dipatuhi bagi memasuki tapak pembinaan projek pembangunan wakaf, Institut Pendidikan Tahfiz dan Turath Islami.
Kursus ini dikendalikan oleh En Mustafa Mohd Said dari Cerdas Teraju Enterprise. Menurut beliau kursus SICW ini merupakan Kursus Induksi Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan. Ia menerapkan budaya keselamatan kepada personal binaan yang akan memasuki tapak pembinaan.
Aspek perundangan dan juga langkah-langkah keselamatan disampaikan dalam kursus ini sebagai panduan kepada personal binaan yang bertindak ataupun bekerja supaya bekerja dalam keadaan selamat sewaktu berada di tapak pembinaan.


Pengarah WEZAS, Prof. Madya Dr Mohd Abdul Nasir menegaskan, kursus ini sangat penting bagi staf WEZAS khasnya bagi unit wakaf dan unit publisiti kerana mereka akan sentiasa perlu hadir ke tapak pembinaan bagi memantau perkembangan projek wakaf.
‘Ini perkara yang baru bagi kami di WEZAS kerana skop kerja yang melibatkan teknikal dan kejuruteraan ini merupakan satu bidang yang sangat asing bagi kami yang secara amnya tertumpu kepada pendanaan sumbangan dan agihan manfaat’
Untuk rekod, majlis perletakan batu asas bagi pembangunan fasiliti wakaf Institut Tahfiz dan Turath Islami ini telah disempurnakan pada 24 April 2024 dan pembangunan bermula pada 1 Ogos 2024.
