Oleh: Abdul Halim Hasan
Putrajaya, 3 Jun – Lawatan sambil belajar telah dianjurkan oleh pelajar kursus Pendigitalan Audio dan Video, Universiti Pendidikan Sultan Idris(UPSI) di bawah bimbingan Dr. Marzita binti Hj. Mansor bertujuan untuk memberi pendedahan praktikal dalam bidang produksi audio dan video.
Kawasan taman sekitar Putrajaya dipilih kerana keindahan persekitaran yang sesuai bagi tujuan mengumpul rakaman dalam bentuk visual, video dan audio.
Dalam aktiviti ini, pelajar antarabangsa dari China yang sedang mengikuti program mobiliti di Fakulti Komputeran dan Meta-teknologi (FKMT) juga bersama-sama terlibat dalam projek secara berkumpulan. Pendedahan ini secara tidak langsung meningkatkan kemahiran komunikasi dan sosial di antara pelajar pelbagai fakulti yang bersama-sama mengambil kursus ini.
Aspek praktikal yang didedahkan kepada peserta di persekitaran sebenar secara tidak langsung dapat membuka minda peserta secara hands-on dalam mengaplikasikan kaedah rakaman dan teknik bersesuaian seperti dipelajari di dalam bilik kuliah.
Inisiatif program ini antara lain untuk membina keyakinan pelajar merasai pengalaman sebenar penggambaran di lokasi luar yang melibatkan pelbagai cabaran teknikal dan.
Program diterajui oleh Abdul Halim bin Hasan selaku Pengarah Program yang menguruskan keperluan lawatan serta kumpulan jawatankuasa yang terdiri daripada pelajar-pelajar kursus ini.
Maklumbalas peserta menunjukkan mereka gembira dan sedikit lega kerana dapat berehat sebentar daripada suasana persekitaran universiti sambil menyiapkan tugasan akademik dengan cara yang lebih santai, namun dilihat lebih berkesan.
Antara lokasi lawatan yang dikunjungi adalah Taman Saujana Hijau Putrajaya, Masjid Putra dan Taman Botani Putrajaya yang menjadi tempat pelajar mengumpul bahan rakaman untuk peserta merancang tugasan seterusnya mengikut kumpulan kecil yang disediakan.