Oleh: Bazliah Ahmad Mahmud dan Fatin Athirah Pathe Mohd She’leh

Tanjong Malim, 19 Jun 2025 – Telah berlangsung Program Fiqh Nisa Siri 2/2025 bertempat di Dewan Solat Utama, Masjid al-Mursyidin UPSI bermula jam 9:00 hingga 11:00 malam.

Penganjuran program ini merupakan hasil kerjasama Pusat Islam dengan HELWI Kelab al-Mursyidin UPSI bagi merealisasikan pelaksanaan program berfokuskan kepada perbincangan dan pencerahan berkaitan hukum fiqh wanita.

Penganjur berbesar hati menerima kehadiran pendakwah bebas, Ustazah Asmak Husin. Peserta juga tidak melepaskan peluang yang diberikan dalam sesi soal jawab bagi bertanyakan persoalan agama khususnya berkaitan wanita secara langsung kepada penceramah.

Program ini diakhiri dengan rumusan intipati topik perbincangan daripada penceramah. Peserta juga mengambil peluang bergambar bersama Y.Bhg. Ustazah Asmak sebelum program berakhir.

Semoga perkongsian ilmu ini dapat membentuk jati dari mahasiswi khususnya ke arah kebaikan, sentiasa menjaga adab dan akhlak serta sentiasa terpelihara serta diredhai oleh Allah SWT.