Tanjong Malim, 22 Jun 2025 – Telah berlangsung Program Bicara Muslimah: “Antara Cinta dan Cita-cita” bertempat di Dewan Solat Utama, Masjid al-Mursyidin UPSI bermula jam 9:00 – 11:00 malam.

Penganjuran program ini merupakan hasil kerjasama Pusat Islam dengan Rakan Siswa YADIM UPSI bagi merealisasikan pelaksanaan program berfokuskan kepada berkaitan hal ehwal wanita.

Penganjur berbesar hati menerima kehadiran ‘The Helmis’ iaitu Heliza dan Hazwani Helmi, pendakwah selebriti & aktivis.

Peserta begitu teruja dapat bersua secara langsung bersama ‘The Helmis’ dan menyambut baik peluang yang diberikan dalam sesi soal jawab bagi bertanyakan persoalan berkaitan hal ehwal wanita.

Program diakhiri dengan penceramah berkongsi pengalaman mereka sebagai aktivis dan memberikan suntikan motivasi khususnya kepada mahasiswi.

Peserta juga mengambil peluang bergambar bersama ‘The Helmis’ sebelum program berakhir. Semoga perkongsian ilmu ini dapat membentuk peserta ke arah kebaikan dan memberi impak positif ke arah pembentukan sahsiah dan kemenjadian mahasiswi.