Oleh: ChM Dr Yuhanis Mhd Bakri, Pn Norhasrina Mohd Idris dan En Syed Nurshairazi Syed Ramli
Johor Bahru, 10 Ogos 2025 – Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) melalui Pusat Pembangunan Akademik (PPA) telah menganjurkan Program Pembangunan Profesional Asatizah Antarabangsa.
Program berlangsung pada 8 hingga 10 Ogos secara bersemuka selama 3 hari bertempat di New York Hotel, Johor Bahru, Johor, melibatkan 24 orang warga Singapura.
Program ini dianjurkan dengan objektif utamanya adalah untuk memantapkan kemahiran pengajaran dan pembelajaran berkaitan pengajian Islam dan Al-Quran serta penambahan pengetahuan terkini berkaitan PdP dalam kalangan asatizah di Singapura.
Program yang merupakan medan perkongsian ilmu dan kepakaran ini juga dapat menyediakan asatizah dengan kaedah dan teknologi baharu seiring dengan kemajuan teknologi pendidikan semasa.



Perkongsian telah disampaikan oleh Prof. Dr. Abd Rahman Abd Ghani daripada Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI, Tuan Supki Haji Sidek dan Ustaz Yazid bin Baharin daripada Kolej Universiti Islam Johor Sultan Ibrahim.
Manakala, Pusat Pembangunan Akademik, UPSI, diwakili oleh Timbalan Pengarah, e-Pembelajaran dan Transformasi Akademik, ChM Dr Yuhanis Mhd Bakri; Timbalan Pendaftar, Pn Norhasrina Mohd Idris dan Penolong Pegawai Tadbir, En Syed Nurshairazi Syed Ramli.
Oleh itu, disasarkan segala ilmu dari program ini dapat diamalkan dan dibudayakan dan dapat membawa perubahan dalam meningkatkan kualiti akademik di institusi peserta seterusnya menghasilkan transformasi dalam pelaksanaan pendidikan.


Diharapkan usaha ini dapat membantu memperlihatkan komitmen UPSI dalam memenuhi permintaan dunia kerja yang semakin dinamik, menyokong pembelajaran sepanjang hayat dan membolehkan pelajar membina laluan pengajian yang disesuaikan dengan keperluan peribadi dan professional.
