Peserta bengkel bergambarPeserta bengkel bergambar

Oleh Arissa Hasya Auni

Tanjung Malim – 8 Disember 2025, Tepat jam 12:35 tengah hari, pada hari ini, Ketua Editor, Journal of ICT In Education (JICTIE) dari Fakulti Komputeran dan Meta-Teknologi (META), Profesor Dr Bahbibi Rahmatullah, selesai menekan butang hantar bagi permohonan mendapatkan pengindeksan Scopus.

Penghantaran ini menambah satu lagi permohonan UPSI pada 2025 setelah permohonan Asian Journal of Assessment in Teaching and Learning (AJATEL) pada 17 November 2025 lepas.

Menurut Pengarah Pejabat Karang Mengarang (PKM) Profesor Madya Dr Nordiana Hamzah, sesi ini bagi membantu JICTIE untuki mengemukakan permohonan pengindeksan Scopus.

Beliau turut berkongsi pencapaian cemerlang jurnal pada 2025 termasuk menerima tiga anugerah utama MAPIM.

“Kami berharap perunding UPSI, Profesor Madya Dr Ramadhansyah Putra Jaya dari Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah dapat membantu UPSI untuk sasaran anugerah utama MAPIM pada masa akan datang” kata Dr Nordiana.

Menurut Timbalan Pengarah (Penarafan dan Pengantarabangsaan) PKM yang pernah mengetuai JICTIE, Dr Laili Farhana Md Ibarhim, sidang editor JICTIE telah membuat penambahbaikan berdasarkan perbincangan ketika sesi bersama AJATEL pada 17 November 2025 lalu.

Suasana dalam bilik mesyuarat
Dr Ramadhansyah tekun membimbing peserta
Penyampaian cenderamata

Dalam sesi ini, Dr Ramadhansyah memberi bimbingan terhadap perkara teknikal setiap artikel termasuk keperluan memilih artikel yang terdiri daripada variasi penulis dari setiap benua termasuk sidang editor.

“Terdapat perubahan maklumat yang diminta berbanding ketika pengisian permohonan pada 17 November 2025” kata Dr Ramadhansyah

Menurut beliau, antara maklumat terkini termasuklah “Advertising Policy”. Manakala maklumat purata penerbitan jurnal perlu dimasukkan berbanding jumlah penerbitan jurnal dalam setahun yang diisi ketika penghantaran permohonan AJATEL

Sementara itu, Ketua Seksyen Jurnal yang juga Timbalan Pendaftar Kanan, PKM, Ahmad Janatul Firdaus berkata seorang editor hadir ke sesi ini selain staf Seksyen Jurnal sendiri. Sesi ini berlangsung separuh hari di Bilik Mesyuarat, PKM.

Dengan penghantaran ini, JICTIE pada hari ini dan AJATEL pada November 2025 lepas menjadi sandaran UPSI dalam mendapatkan pengindeksan Scopus pada 2026 nanti Keputusan permohonan Scopus ini akan diketahui dalam tempoh 6 bulan.