Ahli Jawatankuasa bersama Penasihat PERKOMAhli Jawatankuasa bersama Penasihat PERKOM

Oleh: Muhammad Faiz Hakim Sharudin

TANJONG MALIM, 10 DISEMBER 2025 – Exco Latihan & Pembangunan Sahsiah Persatuan Komunikasi (PERKOM) Sidang 2025/2026 telah berjaya menganjurkan Program PERKOM Comm-Unity Day yang mendapat sambutan meriah dengan penyertaan 309 pelajar merangkumi 161 pelajar Semester 1, 97 pelajar Semester 3 dan 51 pelajar Semester 5.

Kehadiran ini membuktikan komitmen tinggi warga PERKOM dalam menjayakan program yang bertujuan menyatukan komuniti komunikasi di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI).

Program ini berlangsung dengan pelbagai aktiviti santai berunsurkan kekeluargaan, menjadi platform untuk mengeratkan hubungan antara pelajar, pensyarah dan jawatankuasa di samping membina semangat kerjasama dalam komuniti Persatuan Komunikasi.

Acara dimulakan dengan sesi Ice Breaking bagi membina keyakinan dan menggalakkan interaksi antara peserta. Suasana ceria diteruskan dengan permainan seperti Strike It Down, Cross & Win, Sarung Catch Challenge, Build the Tallest Tower dan Cup Balloon Blast, yang menguji kreativiti, strategi serta kerjasama kumpulan.

Antara detik paling mencuri tumpuan ialah pertandingan tarik tali piala pusingan, yang menyaksikan Semester 5 muncul juara bagi kedua-dua kategori lelaki dan perempuan, sekali gus mengekalkan dominasi mereka dalam acara tersebut.

Selain aktiviti interaktif, program ini juga menjadi peluang untuk mengenal pasti pelajar berbakat dalam bidang komunikasi menerusi Hidden Star (Talent Search).

Sepanjang program, peserta yang pernah terlibat dalam dunia media seperti Astro, RTM, produksi swasta dan program antarabangsa berpeluang menonjolkan bakat dalam pengacaraan, pengucapan awam, spontaneity serta kemahiran broadcast.

Salah satu aktiviti yang dijalankan
Pemenang tarik tali
Persembahan tarian daripada pelajar

Pencarian ini juga membuka ruang bagi memilih wakil Fakulti Bahasa & Komunikasi untuk ke pertandingan Malaysia Juara.

Secara keseluruhannya, PERKOM Comm-Unity Day berjaya mencapai objektifnya dalam mengeratkan silaturrahim antara pelajar junior, senior serta pensyarah JKOM.

Program ini bukan sahaja meningkatkan penglibatan warga PERKOM, malah mencipta pengalaman bermakna yang dapat memperkukuh komuniti komunikasi.

Dengan impak positif terhadap hubungan dan kerjasama, program seperti ini diharapkan dapat diteruskan serta diperkasakan pada masa akan datang, termasuk memperkenalkan program baharu yang lebih berinovasi dan interaktif bagi mengukuhkan lagi jalinan komuniti PERKOM.