Oleh: Lee Mun Hou

TANJONG MALIM, 13 Disember 2025 – Program Karnival Alam Sekitar yang dijalankan oleh Fakulti Sains Kemanusiaan telah berlangsung dengan jayanya pada awal pagi ini. Program ini telah diadakan di perkarangan Fakulti Bahasa dan Komunikasi. Karnival ini telah dilaksanakan bersempena dengan Sambutan Alam Sekitar Kebangsaan yang diadakan pada setiap bulan Oktober pada setiap tahun dan berhasrat untuk mewujudkan semangat cinta akan alam sekitar dalam UPSI. Program ini telah bermula pada pukul 7.00 pagi hingga 5.00 petang dan telah berjaya mendapatkan sokongan daripada pelajar UPSI serta orang awam yang tinggal di persekitaran Tanjong Malim.

Program ini juga telah dirasmikan oleh YBrs. Prof. Dr. Suriani binti Abu Bakar Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi, Universiti Pendidikan Sultan Idris). Selain itu, Sesi perkongsian ilmu juga telah disampaikan oleh YBhg. Dato’ Seri Dr Ahmad Jailani Muhamed Yunus, Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia dan Suruhanjaya Perkhidmatan Kehakiman dan Perundangan. Dalam sesi perkongsian ilmu tersebut, beliau menekankan kepentingan alam sekitar terhadap negara ini.

Encik Muhd Aidil Khusairi bin Noor Azsli selaku pengarah program pada masa tersebut berkongsi tentang inisiatif program ini.

‘‘Untuk inisiatif karnival alam sekitar ini kita sememangnya nak mahasiswa dan mahasiswi kita untuk menerapkan elemen- elemen kelestarian dan semangat mencintai alam sekitar.kampus yang boleh dilaksanakan di mana-mana sahaja. Saya juga berharap pelajar-pelajar UPSI khususnya UPSI sendiri untuk dapat mencintai alam sekitar kita dan Fakulti Sains Kemanusiaan merupakan pioneer dalam projek ini dan apa-apa informasi didapati boleh dirujuk kepada fakulti kami kerana kami mempunyai seketeriat untuk membantu pelajar-pelajar untuk mendapatkan informasi berkenaan karnival dan program-program alam sekitar di UPSI.’’ katanya.

Di samping itu, kerjasama antara FSK projek inovasi pelajar, Institusi Penyelidikan Perhutanan Malaysia, Suruhanjaya Perkhidmatan Air, Jabatan Perhilitan Negeri Perak, Jabatan Perangkaan Negeri Perak, Pejabat Meteorologi Perak, Jabatan Alam Sekitar Perak, Pusat Kesihatan Daerah Muallim dan organisasi lain dapat dilihat di program tersebut dan dikunjungi ramai oleh komuniti Tanjong Malim dan Pelajar UPSI.

Objektif utama program Kanival Alam Sekitar ini adalah untuk meningkatkan dan membangkitkan semangat mencintai alam sekitar dalam mahasiswa UPSI.