GAMBAR PELAJAR KAUNSELINGGAMBAR PELAJAR KAUNSELING

Oleh:Nur Aqilah Mohd Aidill 

Tanjung Malim , 16 Disember 2025 – Persatuan Bimbingan dan Kaunseling (KASIH) telah  berjaya menganjurkan Program Membina Keterampilan Bakal Kaunselor 2.0 yang melibatkan  semua pelajar Program Bimbingan dan Kaunseling sebagai usaha berterusan dalam  membentuk bakal kaunselor yang berketerampilan, beretika dan profesional. 

CASSANDRA ERYNNA JIMMY JAIN

Program ini dimulakan dengan ucapan aluan oleh Pengarah Program iaitu Cassandra Erynna Jimmy Jain, yang menekankan kepentingan pembangunan sahsiah, kemahiran  interpersonal serta kesiapsiagaan pelajar kaunseling dalam menghadapi cabaran sebenar  dunia kaunseling.

Beliau turut merakamkan penghargaan kepada semua pihak yang terlibat  dalam menjayakan program ini, khususnya barisan penceramah dan peserta. 

PROFESOR MADYA DR. MD NOOR BIN SAPER

Seterusnya, majlis diteruskan dengan ucapan perasmian oleh Profesor Madya Dr Md. Noor Saper , yang menegaskan bahawa keterampilan seorang kaunselor bukan sahaja dinilai  melalui ilmu teori, malah melalui sikap, komunikasi, empati dan etika profesional.

Beliau juga  menekankan tentang A,S,K yang membawa maksud A-Attitude , S-Skills dan K-Knowledge  kepada para pelajar agar sentiasa memperkukuh jati diri sebagai bakal kaunselor yang  berintegriti dan berdaya saing. 

ENCIK ZULKIFLI BIN MAMAT

Program ini turut diserikan dengan slot perkongsian oleh Encik Zulkifli Mamat, yang  berkongsi pengalaman serta pandangan praktikal berkaitan pembinaan keterampilan diri  dalam bidang kaunseling.

Slot ini memberi pendedahan bermakna kepada para peserta  tentang realiti tugas kaunselor serta kepentingan kemahiran kendiri dalam mengurus klien  secara berkesan. 

POSTER UTAMA PROGRAM

Secara keseluruhan, Program Membina Keterampilan Bakal Kaunselor 2.0 telah mencapai  objektif penganjurannya dengan jayanya.

Program ini bukan sahaja memberi manfaat dari  aspek pengetahuan dan kemahiran, malah berjaya menyemai kesedaran dalam kalangan  pelajar tentang tanggungjawab dan peranan besar seorang kaunselor pada masa hadapan. 

Diharapkan program seumpama ini dapat diteruskan sebagai platform pembangunan holistik  pelajar kaunseling.