Oleh: Nur Aqilah Mohd Aidill
Ulu Kinta Perak, 1 Januari 2026 – Program Jejak Kasih: Heart to Heart Golden Connections telah berjaya dilaksanakan bersempena sambutan Tahun Baharu, sebagai simbol permulaan yang manis dan penuh makna buat warga emas. Program ini menekankan kesejahteraan fizikal, emosi dan hubungan sosial dalam suasana yang mesra, santai serta tidak memaksa.


Antara pengisian utama program ialah slot senamrobik, Taman Mini, Pokok Harapan dan Skala Emosi yang memberi ruang kepada warga emas untuk bergerak, berkarya serta meluahkan perasaan mengikut keselesaan masing-masing. Setiap aktiviti dilaksanakan dengan penuh empati dan penghormatan bagi memastikan penyertaan yang selesa dan bermakna.

Program ini turut diserikan dengan sumbangan durian oleh Dr. Soffiyah, yang menjadi elemen “manis” dalam menyemarakkan suasana sambutan Tahun Baharu serta menceriakan warga emas. Sumbangan ini bukan sahaja memberi kegembiraan, malah melambangkan keprihatinan dan kasih sayang yang dikongsi bersama.

Secara keseluruhannya, Program Jejak Kasih: Heart to Heart Golden Connections Gayathri Ganesan telah berjaya dilaksanakan dengan penuh makna bersempena sambutan Tahun Baharu, 1 Januari. Pengarah Program merakamkan penghargaan kepada Dr. Sofiyyah, Dr. Md Noor, Dr. Ayuni serta UCTC UPSI atas sokongan dan sumbangan yang diberikan sepanjang program berlangsung. Beliau turut menghargai komitmen barisan pengurusan, AJK dan peserta, serta berharap semangat kasih, empati dan keprihatinan dapat diteruskan bersempena permulaan tahun baharu, 1 Januari.

Sementara itu, wakil daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Muhammad Adzim Abdul Wahab turut menyatakan penghargaan atas usaha dan komitmen semua pihak yang terlibat. Beliau berharap agar program seumpama ini dapat diteruskan pada masa akan datang kerana ia bukan sahaja menyokong kesejahteraan emosi warga emas, malah mengukuhkan hubungan silaturahim antara komuniti dan agensi kebajikan.
