Oleh Lee Mun Hou dan Dr Ahmad Sauffiyan Abu Hasan

Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) kini terus mengukuhkan peranannya sebagai institusi pendidikan tinggi yang terkemuka di negara, selari dengan perubahan landskap pendidikan global dan keperluan semasa masyarakat. Sebagai universiti yang berteras pendidikan, UPSI bukan sahaja menumpukan kepada latihan guru, malah berkembang sebagai pusat ilmu yang melahirkan graduan berdaya saing dalam pelbagai bidang.

Pada masa ini, UPSI giat memperkasa transformasi digital dalam pengajaran dan pembelajaran. Penggunaan teknologi seperti pembelajaran hibrid, platform digital dan sumber dalam talian membantu meningkatkan kualiti penyampaian ilmu serta memberi fleksibiliti kepada pelajar. Pendekatan ini sejajar dengan keperluan generasi pelajar masa kini yang lebih menggunakan teknologi. 

Selain itu, UPSI turut memberi penekanan kepada penyelidikan dan praktikal. Pensyarah serta pelajar digalakkan menjalankan kajian yang memberi impak kepada pendidikan, sains sosial dan kesejahteraan komuniti. Hasil penyelidikan dan praktikal  ini bukan sahaja menyumbang kepada perkembangan ilmu, malah membantu menyelesaikan isu sebenar dalam masyarakat seperti pendidikan inklusif dan kelestarian alam sekitar yang boleh dilihat dalam kempen Eco Campus 360 yang dianjurkan oleh pelajar AB14-ISM  Komunikasi Sosial tahun akhir. 

Seorang peserta dari kempen Eco Campus 360 memberikan komen bahawa kempen ini mampu membentuk mahasiswa yang mempunyai semangat kelestarian alam sekitar. Selain itu, beliau juga dapat mengetahui tentang kepentingan alam sekitar terhadap haiwan, tumbuhan dan manusia. 

UPSI juga berperanan aktif dalam khidmat masyarakat. Melalui program jangkauan komuniti, universiti ini bekerjasama dengan sekolah, institusi dan masyarakat setempat untuk meningkatkan kualiti pendidikan dan kesedaran sosial. Hal ini boleh dilihat apabila pelajar tahun akhir AB14-ISM Komunikasi Sosial telah menjalankan Kempen Bijak Digital di komuniti setempat yang berada di Tanjong Malim. 

Secara keseluruhannya, UPSI kini berada pada landasan yang kukuh sebagai universiti yang progresif, berinovasi dan berteraskan nilai kemanusiaan. Dengan komitmen berterusan terhadap kecemerlangan akademik, penyelidikan dan pembangunan insan, UPSI terus memainkan peranan penting dalam membentuk masa depan pendidikan dan negara.