Gambar Formal Sebelum Eksplorasi Lapangan DijalankanGambar Formal Sebelum Eksplorasi Lapangan Dijalankan

4 Februari 2026, Muallim, Perak – Pusat Transformasi Komuniti Universiti (UCTC), Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) telah menerima kunjungan seramai 30 orang terdiri daripada pegawai dan kakitangan dari Pejabat Hutan Daerah Perak Selatan ke UPSI Edu-Forest, Sungai Dara sempena penganjuran program Eksploarasi Lapangan yang bertujuan memperkukuh kefahaman berkaitan pengurusan dan pemulihan hutan.

Program ini dianjurkan sebagai platform bagi meningkatkan kefahaman peserta terhadap kepentingan hutan sebagai sumber semula jadi yang perlu diurus secara lestari.

\Menerusi pendekatan pembelajaran berasaskan lapangan. Para peserta berpeluang memperoleh pengalaman secara langsung berkaitan dengan ekosistem hutan serta peranannya dalam mengekalkan keseimbangan alam sekitar.

Sepanjang pelakasanaan program, peserta telah didedahkan dengan pelbagai pengisian ilmu antaranya pembelajaran biodiversiti pokok, pembelajaran lapangan ekologi hutan, interprestasi spesies pokok hutan dan eksplorasi ekosistem hutan tropika.

Aktiviti ini memberi gambaran jelas tentang kepelbagaian biologi hutan serta kaedah pemuliharaan yang boleh diaplikasikan dalam pengurusan hutan.

Aktiviti Eksplorasi Pembelajaran lapangan ekologi hutan
Aktiviti Eksplorasi Pembelajaran Biodiversiti Pokok
Gambar Semasa Aktiviti

Timbalan Pengarah Pusat Tranformasi Komuniti Universiti (UCTC) berkata UPSI Edu-Forest berfungsi sebagai makmal semula jadi yang menyokong aktiviti pendidikan, penyelidikan dan khidmat komuniti.

Ini juga menjadi platform yang sesuai untuk perkongsian kepakaran antara institusi pengajian tinggi dan agensi kerajaan.

Program ini turut memberi ruang kepada pertukaran pandangan dan pengalaman profesional antara peserta dan tenaga akademik UPSI.

Selain aspek pembelajaran, program ini juga berperanan memperkukuh hubungan kerjasama strategik antara UPSI dan Pejabat Hutan Daerah Perak Selatan. Khususnya dalam bidang pendidikan alam sekitar dan pemuliharaan sumber semula jadi. Kerjasama ini dilihat penting dalam menyokong usaha berterusan ke arah pengurusan hutan yang mampan.

Aktiviti Eksplorasi Ekosistem Hutan Tropicana

Pihak UCTC UPSI berharap Eksplorasi Lapangan ini dapat diteruskan dan diperluaskan pada masa akan datang sebagai platform pemindahan ilmu dah usaha bersama dalam memperkasa kesedaran masyarakat terhadap kepentingan pemeliharaan hutan serta kelestarian alam sekitar.