Oleh: Dyanne Juaneeta Jokar

TANJONG MALIM, 11 Januari 2026- Program Spektrum Media Majlis Mahasiswa Kediaman Luar Kampus (MMKLK), Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) berjaya dilansungkan di Bilik Latihan Blok C, Kampus Sultan Abdul Jalil Shah, sebagaiinisiatif untuk meningkatkan kemahiran pelajar dalam penulisan berita dan kemahiran dalam menghasilkan poster yang kreatif dan menarik.

Program tersebut melibatkan seramai 32 pelajar bersama dua pensyarah jemputan Dr. Ghazali Din menanggung tugas sebagai Timbalan Pengarah, Bahagian Komunikasi Korporat (UPSI) bersama Ts. Muhammad Zulhilmi Samsuri dari Fakulti Komputeran dan Meta-Teknologi (UPSI).

Program ini dijalankan selama satu hari dan mempunyai dua sesi. Sesi pagi merupakan perkongsian ilmu berkenaan format dan cara penulisan berita dengan betul.

Manakala pada sesi petang merupakan sesi perkongsian ilmu pembuatan poster dengan menekankan aspek penting dalam pembuatan poster serta bagaimana menggunakan bantuan AI untuk menghasilkan poster yang lebih mudah dan menarik. 

Melalui program ini, para peserta berpeluang mempelajari asas penulisan berita dan penghasilan poster yang berkesan dalam menyampaikan maklumat serta berkongsi ilmu bersama pensyarah jemputan.

Menurut Prof. Madya Ts. DR. Che Ghani Che Kob selaku Pengetua Unit Kediaman Luar Kampus (UPSI), mengatakan bahawa program seumpama ini akan terus diperkasa bagi meningkatkan kemahiran dalam kalangan pelajar dan diharapkan untuk memperluaskan lagi program seperti ini untuk memberi peluang kepada lebih ramai lagi pelajar UPSI untuk terlibat.

Selaras dengan matlamat UPSI untuk membina potensi individu bagi menjadikannya berilmu, berketerampilan, berbakat tinggi, berakhlak mulia dan bersemangat patriotis.