Cikgu Hj. Abdul Wahab (Kiri) menyampaikan cenderamata kenangan kepada Prof. Dr Tajul Shuhaizam (Kanan).Cikgu Hj. Abdul Wahab (Kiri) menyampaikan cenderamata kenangan kepada Prof. Dr Tajul Shuhaizam (Kanan).

Oleh: Nur Syahirah Hanim Zulkifly

TANJONG MALIM, 17 Julai 2026 – Seramai 62 ahli Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (PERKIM) dari tiga cawangan melawat Muzium Pendidikan Nasional.

Rombongan yang diketuai oleh Cikgu Hj. Abdul Wahab bin Abdul Rauf @ A. Wahab Rauf, Pengerusi PERKIM Cawangan Bukit Mertajam, Pulau Pinang yang juga Anak Kandung Suluh Budiman. Kepulangan beliau ke Bangunan Suluh Budiman menjadi detik yang cukup bermakna apabila berkongsi kenangan dan pengalaman sepanjang menimba ilmu di institusi yang telah melahirkan ramai tokoh pendidik negara itu.

Dalam ucapannya, beliau melahirkan rasa syukur dan terharu kerana berpeluang menjejakkan kaki semula ke Bangunan Suluh Budiman yang sarat dengan nilai sejarah dan nostalgia. Beliau turut menzahirkan rasa bangga terhadap perkembangan pesat UPSI di bawah kepimpinan Naib Canselor UPSI, Profesor Dato’ Dr. Md Amin bin Md Taff, yang disifatkan berjaya memperkukuh kecemerlangan universiti sebagai institusi pendidikan terulung negara.

Ahli PERKIM sedang mengikuti sesi taklimat di Bilik Diraja, Muzium Pendidikan Nasional UPSI.
Prof. Dr. Tajul Shuhaizam sedang berkonsi perkembangan Institut Peradaban Melayu/Muzium Pendikan Nasional dan UPSI.
Ahli PERKIM dibawa melawat galeri-galeri dalam Muzium Pendidikan Nasional yang dipandu oleh En. Mohd Izwan Shah (kanan)
 

Prof. Dr. Tajul Shuhaizam bin Said, Pengarah Institut Peradaban Melayu turut berkongsi tentang perkembangan IPM dan UPSI. Beliau turut mengalu-alukan kehadiran rombongan PERKIM serta menyatakan harapan agar hubungan yang terjalin dapat diteruskan melalui pelbagai bentuk kerjasama dan program yang memberi manfaat kepada kedua-dua pihak pada masa hadapan.

Lawatan tersebut juga turut dihadiri oleh enam orang anak kandung suluh budiman era MPSI, dan IPSI, yang turut mengimbau kenangan sepanjang menuntut di MPSI dan IPSI antara tahun 1968-1997.

Merakam kenangan beramai-ramai di hadapan Bangunan Suluh Budiman
 
Ahli PERKIM turut dibawa melawat ke Galeri Razak Sensei
Cikgu Hj. Abdul Wahab, Pengerusi PERKIM Cawangan Bukit Mertajam, Pulau Pinang.

Turut hadir Dr. Omar Firdaus Mohd Said, Pengarah Pusat Perhubungan Alumni, Dr Md Zahril Nizam Md Yusoff, dan Timbalan Pengarah (Pascasiswazah dan Penyelidikan), IPM.