Pn. Afrizal (tiga dari kiri menyampaikan cenderamta kepada Prof Dr. Tajul Shuhaizam.Pn. Afrizal (tiga dari kiri menyampaikan cenderamta kepada Prof Dr. Tajul Shuhaizam.

Oleh: Nur Syahirah Hanim Zulkifly

TANJONG MALIM, 14 Julai 2026 – Institut Peradaban Melayu (IPM), Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) menerima kunjungan hormat daripada wakil Pejabat Daerah dan Tanah Muallim pada Selasa bertempat di Bilik Pascasiswazah, IPM.

Delegasi Pejabat Daerah dan Tanah Muallim diketuai oleh  Pn. Nurul Afizal Zainal Abidin, Ketua Penolong Pegawai Daerah dari Bahagian Pembangunan Daerah, menyatakan kunjungan hormat ini bertujuan untuk melihat peluang kerjasama dalam penganjuran aktiviti khasnya Karnival Muallim F.A.M.E 2026 yang dijangka diadakan pada bulan September 2026.

Menurut Pn. Nurul Afizal, Universiti Pendidikan Sultan Idris menjadi fokus utama sebagai rakan kerjasama memandangkan UPSI menyimpan khazanah sejarah penddikan negara di Muzium Pendikan Nasional. Turut dicadangkan kerjasama lain yang memfokuskan kepada TVET yang lebih interaktif bagi menarik minat generasi muda.

Prof. Dr. Tajul Shuhaizam mempengerusikan perbincangan yang diadakan di Bilik Pascasiswazah, IPM UPSI.
Lawatan ke Muzium Pendidikan Nasional yang dikendalikan oleh En Ahmad Nazri, Penolong Kurator (hadapan)

Pengarah, IPM, Prof Dr. Tajul Shuhaizam Said menyatakan peluang kerjasama ini tepat bagi membuka lebih banyak peluang UPSI mendekati masyarakat setempat melalui program pemindahan ilmu oleh pensyarah di UPSI. Kerjasama ini juga akan turut melibatkan fakulti dan pusat yang berkaitan bagi menjayakan Karnival Muallim F.A.M.E 2026.  Delegasi turut dibawa melawat Galeri SKTM dan Muzium Pendidikan Nasional.

Turut hadir ialah Pn. Sarina Omar, Penolong Pegawai Daerah, En. Muhammad Hasli Hassan, Penghulu Kanan dan En  Mohammad Affendy Mazlan, Pembantu Tadbir dari Pejabat Daerah dan Tanah Muallim, Dr. Md Zahril Nizam Md Yusoff, Timbalan Pengarah (Pascasiswazah dan Penyelidikan), IPM, UPSI.