Oleh: Suzie Amelice Anak Peter, Faizal Anggilou & Dr. Mohamad Ihsan Muhamad Ismail
LUMUT, 2 Mei 2026 — Pusat Konservasi dan Penerangan Penyu Segari menjadi medan penyatuan sukarelawan hari ini menerusi program “Pergeo Sea-Nergy: Kesukarelawan Lestari Pantai”
Program kesukarelawan ini merupakan inisiatif khas yang digerakkan oleh Exco Komuniti dan Kelestarian (COMMEX), Persatuan Geografi (PERGEO) sesi 2025/2026 dengan kerjasama Pusat Konservasi dan Penerangan Penyu Segari. Program yang berlangsung dari jam 8.00 pagi hingga 4.00 petang ini bertujuan menyemai kesedaran, rasa tanggungjawab serta kecintaan terhadap pemeliharaan hidupan laut dan kelestarian ekosistem pantai dalam kalangan pelajar UPSI.


Kolaborasi ini selaras dengan Matlamat Pembangunan Lestari SDG 4 (Pendidikan Bermutu), SDG 13 (Tindakan Iklim) dan SDG 14 (Kehidupan dalam Laut) dalam usaha memupuk kesedaran peserta tentang kepentingan memelihara kebersihan pantai dan ekosistem laut demi kelangsungan hidupan akuatik. Penglibatan aktivis PERGEO turut memainkan peranan penting dalam meningkatkan pengetahuan serta kepekaan mahasiswa terhadap isu penurunan populasi penyu di Malaysia. Program ini mendapat sambutan menggalakkan sebagai usaha menyokong kelestarian habitat penyu agar terus terpelihara daripada ancaman kepupusan.
Program ini berlangsung dari jam 8.00 pagi hingga 4.00 petang dan telah dirasmikan oleh Pengarah Program, saudara Faizal bin Anggilou bersama Encik Fauzie Bin Ja’afar, Pegawai Jabatan Perikanan Malaysia. Seramai 35 orang aktivis PERGEO termasuk penasihat Persatuan Geografi UPSI, Dr. Mohamad Ihsan bin Muhamad Ismail, telah menyertai program ini. Selepas perasmian, para peserta dibahagikan kepada beberapa kumpulan kecil bagi membersihkan kolam penyu, antaranya kolam penyu lipas (Lepidochelys olivacea) dan penyu hijau (Chelonia mydas).
Pada awal aktiviti, para aktivis telah menjalankan kerja-kerja pembersihan kolam penyu dengan bantuan staf Pusat Konservasi Segari. Sepanjang aktiviti tersebut, staf turut berkongsi maklumat berkaitan spesies penyu serta tatacara pengendalian penyu yang betul dan selamat kepada para peserta. Aktiviti pembersihan kolam diakhiri dengan laungan slogan “Sayang Penyu, Cinta Penyu” semasa sesi bergambar sebagai tanda sokongan terhadap pemuliharaan penyu. Seterusnya, aktivis berehat di pondok berdekatan bagi sesi makan tengah hari dan solat.
Sekitar jam 2.00 petang, program diteruskan dengan pelaksanaan aktiviti CSR ringkas melalui pembersihan pesisir Pantai Pasir Panjang Segari, di mana para aktivis bergerak dalam kumpulan untuk mengumpul sisa buangan dan sampah sarap di sepanjang pantai sehingga selesai. Setelah tamat aktiviti, semua peserta membersihkan diri sebelum menaiki bas untuk pulang ke UPSI.



Secara keseluruhannya, “Pergeo Sea-Energy : Kesukarelawan Lestari Pantai
Program ini dilaksanakan bertujuan untuk mendedahkan kepada aktivis-aktivis yang terlibat tentang kepentingan penyu terhadap ekosistem laut dalam usaha mengekalkan kelestarian terumbu karang di dasar laut perairan Malaysia. Selain itu, para aktivis turut didedahkan tentang latar belakang beberapa jenis penyu yang terdapat di Malaysia misalnya makanan bagi setiap spesies penyu dan had umur setiap spesies penyu untuk bertelur. Pengetahuan ini dapat mendidik aktivis-aktivis tentang langkah yang wajar diambil dalam memelihara dan menjaga spesies penyu agar tidak terancam kepupusan.
Secara keseluruhannya, “Pergeo Sea-Energy : Kesukarelawan Lestari Pantai berjaya mencapai objektifnya dalam membina jaringan kerjasama antara agensi kerajaan dan institusi pendidikan untuk memperkasakan usaha pemuliharaan penyu dan ekosistem pantai secara berterusan. Diharapkan program seperti ini akan terus dilaksanakan pada masa hadapan sebagai wadah memperkukuh ukhuwah mahasiswa dan mahasiswi dengan agensi kerajaan.
