Para peserta bersama delegasi AltSPU merakamkan gambar kenangan.Para peserta bersama delegasi AltSPU merakamkan gambar kenangan.

Oleh: Nik Nur Athirah Nik Mohd Arif

TANJONG MALIM, 7 Okt 2026 – Program Rusia-Malaysia diteruskan dengan program berbentuk pertandingan “Russia Through the Ages” yang berlangsung di Auditorium, Kampus Sultan Abdul Jalil Shah (KSAJS), Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI).

Program yang berlangsung dari jam 2.00 petang hingga 4.00 petang dihoskan oleh dua wakil dari Altai State Pedagogical University (AltSPU), iaitu Alexander Seleznev dan Anna Zabrodina, kedua-duanya Pensyarah Kanan di AltSPU. Program ini menghimpunkan para pelajar dalam satu aktiviti interaktif berbentuk pertandingan yang bertujuan meningkatkan pengetahuan dan pemahaman mereka tentang Rusia, khususnya dari aspek sejarah, perkembangan masyarakat dan kebudayaan.

Sepanjang program, para pelajar mengikuti pembentangan dan tayangan berkaitan sejarah, budaya serta bahasa Rusia. Mereka kemudiannya dibahagikan kepada beberapa kumpulan yang dinamakan berdasarkan tokoh, tempat dan konsep penting Rusia seperti Sputnik, Yuri Gagarin, balet, Tasik Baikal dan Altai.

Pendekatan berbentuk pertandingan ini menjadikan proses pembelajaran lebih menarik dan menyeronokkan, di samping menggalakkan kerjasama, komunikasi serta pemikiran kritis dalam kalangan pelajar. Setiap kumpulan menjawab kuiz berdasarkan bahan daripada platform “Window to Russia” sebelum menyertai pertandingan “Total Dictation” yang melibatkan soalan pilihan jawapan dalam bahasa Rusia. Pada penghujung pertandingan, kumpulan Sputnik berjaya muncul sebagai pemenang keseluruhan setelah mendapat markah tertinggi.

Program turut dimeriahkan dengan aktiviti “Sweet Russia”, yang memberi peluang kepada peserta menikmati kudapan tradisional Rusia seperti snek berbentuk berbentuk cincin (sushki), dan lolipop tradisional Rusia sebagai sebahagian daripada pengalaman silang budaya.

Program tersebut dikendalikan oleh dua Pensyarah Kanan AltSPU,
Alexander Seleznev dan Anna Zabrodina.
Error! No text of specified style in document. menyahut cabaran pertandingan dengan penuh semangat dan
 bekerjasama menjawab setiap soalan yang dikemukakan.
Error! No text of specified style in document. muncul sebagai pemenang keseluruhan pertandingan.

Sebelum melabuhkan tirai, para peserta dan delegasi AltSPU merakamkan gambar kenangan bersama, mengabadikan bukan sekadar sebuah program, tetapi juga kenangan bermakna yang terjalin antara UPSI dan AltSPU.

Program berbentuk pertandingan “Russia Through the Ages” ini merupakan sebahagian daripada Program Rusia-Malaysia yang berlangsung dari 4 hingga 24 Oktober 2026, hasil kerjasama UPSI dan AltSPU dalam memperkukuh jaringan akademik, kefahaman silang budaya serta diplomasi pendidikan antara Malaysia dan Rusia. Penganjuran program seumpama ini mencerminkan komitmen UPSI dalam memperluas pengalaman pembelajaran berwawasan global, di samping memperkukuh interaksi, pertukaran ilmu dan pemahaman silang budaya antara pelajar tempatan dengan delegasi antarabangsa.