Oleh: Bazli Razak

Kuala Kangsar, 17 Ogos 2024 – Program “Let’s Enjoy Mathematics: Fraction” berjaya dilaksanakan di Rumah Kanak-Kanak Sultan Abdul Aziz, Kuala Kangsar.

Menurut Dr. Mohd Afifi Bahurudin Setambah, program ini melibatkan 30 orang anak-anak jagaan rumah tersebut dengan tujuan untuk mendekatkan mereka kepada konsep matematik secara interaktif dan menyeronokkan.

anak-anak meneliti cara bermain fraction donkey card

Dengan kehadiran empat fasilitator berpengalaman, iaitu Dr. Mohd Afifi Bahurudin Setambah, Prof. Madya Dr. Mazlini Adnan, Pn. Intan Nurasyikin Shapie, En. Mohamad Nayan Mohamed dan dibantu oleh 3 orang pelajar UPSI iaitu Sarah Mohd Yusoff, Nursyazilawani Sabri dan Nur Zafirah Zainuddi, program ini berjaya menarik minat anak-anak terhadap subjek pecahan yang sering dianggap sukar oleh kebanyakan pelajar.

Dr Afifi sedang menjelaskan pecahan setara

Melalui pendekatan kreatif dan penggunaan bahan bantu mengajar yang inovatif, para fasilitator berjaya menjadikan pembelajaran pecahan lebih mudah difahami dan menyeronokkan.

Selain itu, program ini juga memberi peluang kepada anak-anak untuk berinteraksi secara aktif dengan fasilitator dan rakan-rakan sebaya mereka, sekaligus membina keyakinan diri serta kemahiran berfikir secara kritis.

Dr Mazlini bertindakn sebagai fasilitator ke 3

Menurut Pembantu Pembangunan Masyarakat, Mohamad Salihin Mohamad Azmi yang menguruskan anak-anak di sini menyatakan agar program seperti ini perlu diteruskan dan amat membantu anak-anak menyukai matematik.

Program “Let’s Enjoy Mathematics: Fraction” bukan sahaja membantu meningkatkan pemahaman matematik, tetapi juga memberi impak positif terhadap pembangunan intelek dan emosi anak-anak jagaan Rumah Kanak-Kanak Sultan Abdul Aziz.