Oleh : Puteri Nursuhadah, Professor Madya Dr Syakirah Samsudin dan Dr. Nur Izwani Mohd Shapri

TANJONG MALIM, 25 November 2024 – Seramai 50 peserta yang terdiri daripada pelajar SBF3033 Fisiologi Haiwan dan kursus KPG3013 Insan Guru Profesional kumpulan AT16B Semester 1 Sesi 2024/2025, fasilitator dan diiringi oleh dua pensyarah iaitu Prof.Madya Dr.

Syakirah Samsudin dan Dr. Nur Izwani Binti Mohd Shapri dari Universiti Pendidikan Sultan Idris telah bertolak pada 11.15 pagi waktu tempatan dari Kuala Lumpur International Airport 2 (KLIA2) ke Minangkabau International Airport,untuk melaksanakan SULAM (Service-Learning Malaysian: University for Society) yang akan berlangsung selama 5 hari 4 malam bermula dari 25 hingga 29 November 2024.

Program ini merupakan satu usaha secara kolaboratif untuk melaksanakan program SULAM Antarabangsa antara UPSI dan Universitas Negeri Padang (UNP) serta program mobiliti outbound bagi menyokong pembelajaran bermakna dan mengukuhkan kerjasama antarabangsa.

Menurut Prof.Madya Dr. Syakirah kerjasama antara UNP dan UPSI dalam program SULAM sebelum ini telah berlangsung selama 2 tahun yang mana ianya dilaksanakan secara dalam talian.

“Hari ini, kami datang ke UNP sendiri untuk melaksanakan program ini secara bersemuka.

Sesi fotografi rombongan UPSI di KLIA2, Malaysia.

“Program ini juga penting untuk memperkasa kebolehupayaan mahasiswa/i UPSI dan UNP dalam membentuk peribadi bakal guru unggul dengan pendedahan pengalaman pelbagai budaya,” ujar beliau.

Program SULAM untuk kedua-dua kursus ini dilaksanakan selama lapan (8) minggu yang merangkumi tujuh (7) minggu secara dalam talian di mana para mahasiswa/i didedahkan tentang perancangan dan pelan pelaksanaan SULAM berdasarkan penjajaran konstruktif kepada Hasil Pembelajaran Kursus (CLO) dan satu (1) minggu atau lima (5) hari secara bersemuka untuk pelaksanaan SULAM di Padang, Indonesia.

Program ini melibatkan proses pengajaran dan pembelajaran akademik melalui pendekatan SULAM secara outbound daripada

UPSI ke UNP, dan UPSI menerima mahasiswa/i inbound dari UNP selama tujuh (7) minggu secara dalam talian.

Program SULAM ini bertujuan untuk memberikan pengalaman pembelajaran bermakna kepada mahasiswa/i dan ia adalah salah satu pendekatan pembelajaran yang mempunyai wajaran dan merupakan komponen dalam pentaksiran kursus.

Sesi fotografi rombongan UPSI bersama wakil dari UNP di Lapangan Terbang Antarabangsa Minangkabau, Padang, Indonesia

Program SULAM Antarabangsa dan Mobiliti Tanpa Kredit (Outbound) secara hibrid ini merupakan inisiatif yang berharga dalam mengukuhkan hubungan antara Fakulti Sains dan Matematik di Universiti Pendidikan Sultan Idris, Malaysia dan Fakultas Matematika dan Ilmu Pengetahuan Alam, Universitas Negeri Padang, Indonesia.

Program ini tidak hanya memperkukuh pengetahuan dan kemahiran para peserta, tetapi juga mempererat kerjasama antara dua institusi pendidikan tinggi dalam menghadapi cabaran global.

Semoga kolaborasi ini dapat terus berkembang, memberi impak positif kepada masyarakat, dan melahirkan bakal pendidik berinspiratif dalam usaha mencapai kecemerlangan akademik dan sosial yang relevan, berimpak dan berterusan.