Oleh: Ahmad Hadif Furqan Zakaria, Nurul Adila Hasan Albakri dan Cik Ummikalsum Mat Lazim

Tanjong Malim, 4 Disember 2024- Persatuan Tahfiz Al-Quran dan Qiraat mengadakan Majlis Annual Grand Meeting yang berlangsung di Dewan Kuliah Pusat.

Program ini bertujuan untuk membentangkan segala laporan Persatuan Tahfiz Qiraat pimpinan sepanjang setahun iaitu pada tahun setengah tahun 2023 sehingga setengah tahun 2024.

Antara perkara yang dibentangkan seperti laporan bendahari yang menceritakan segala transaksi yang masuk di dalam akaun bank dan penjanaan yang dapat dikumpul melalui aktiviti-aktiviti yang dijalankan. Selain itu, Majlis ini juga turut membentang segala program yang pernah dianjurkan sepanjang sidang.  

Sebelum slot pembentangan Bendahari dan semua pimpinan persatuan, majlis dimulakan dengan ucapan para tetamu kehormat yang dihadiri oleh Timbalan Dekan Hal Ehwal Pelajar dan Alumni Fakulti Sains Kemanusiaan iaitu Dr. Abu Zarrin Selamat, Ketua Jabatan Pengajian Islam, Profesor Madya Dr. Husna Husain dan Penasihat Persatuan Tahfiz Qiraat iaitu Ummikalsum Mat Lazim.

Dalam ucapan TDHEPA FSK Dr Abu Zarrin Selamat, pimpinan Islam perlu ditonjolkan lebih lagi di Universiti supaya segala perkara boleh diletak garis panduan menurut pegangan syariah Islam dan dapat membimbing warga Universiti.

Harapan besar beliau agar pimpinan Persatuan Tahfiz Qiraat dapat memberikan contoh teladan dan memberi impak yang besar bagi membawa bi’ah solehah pada warga Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) serta mengharap terdapat ahli persatuan Tahfiz Qiraat yang mampu bersaing dari sudut kokurikulum diperingkat antarabangsa.

Menurut Ketua Jabatan Pengajian Islam Profesor Madya Dr. Husna Husain pula Persatuan Tahfiz Qiraat di UPSI ini masih baru jika dibandingkan dengan persatuan-persatuan lain di UPSI.

Persatuan ini baru bersidang selama 4 tahun dan Ketua Jabatan memberi pesanan supaya persatuan ini boleh memperbanyakkan program-program yang bersifat akademik demi memberi pengukuhan kepada warga UPSI dalam ilmu yang berkaitan dengan al-Quran.

Pada laporan Bendahari iaitu saudara Luqmanul Hakim Abdul Aziz, pelbagai usaha yang telah digerakkan oleh semua exco dan exco ekonomi khususnya dalam membuat penjanaan persatuan.

Secara keseluruhan penjanaan yang telah dikumpul sepanjang setahun ialah sebanyak RM5,904.84. Jumlah keseluruhan yang terdapat di dalam akaun Amanah Persatuan Tahfiz Qiraat ialah RM10,329.56. Walaupun banyak program yang telah dijalankan namun penjanaan persatuan sangat baik untuk digunakan pada masa akan datang.

Seterusnya, majlis diteruskan dengan pembentangan Setiausaha dan semua exco. Syukur terhadap Allah, pimpinan Persatuan Tahfiz Qiraat siding 23/24 yang lebih dikenali sebagai “Khalidul Awwali” telah berjaya menganjurkan 22 program.

Pencapaian anjuran program ini boleh dibanggakan kerana jumlah program yang dianjurkan telah meningkat daripada sidang pimpinan sebelum ini.

Antara program yang memberi impak yang besar kepada masyarakat dan nama baik Universiti ialah program Seminar Qiraat Ifrad dan Jamak Peringkat Kebangsaan.

Program ini merupakan seminar berkenaan ilmu qiraat dan telah disertai oleh Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dan menjemput masyarakat luar untuk turut hadir meraikan program. Selain itu, program yang memberi impak juga seperti Program Hands Of Kasih.

Program ini dianjurkan untuk memberi pendedahan kepada pelajar kepada Masyarakat luar yang memerlukan bantuan. Program ini pelajar perlu menyediakan makanan dengan memasak dan diagihkan kepada gelandangan dan orang yang bertaraf miskin bandar di Kawasan Kuala Lumpur.

Majlis Annual Grand Meeting ini juga bertujuan untuk memberi penghargaan kepada semua ahli Pimpinan dan Penasihat Persatuan Tahfiz Qiraat diatas segala usaha dan penat lelah yang telah dicurahkan bagi menjadikan Persatuan sentiasa aktif dan dapat juga menjaga semua kebajikan ahli Persatuan Tahfiz Qiraat.

Majlis memberi penghargaan dengan memberi hadiah kepada semua exco dan penasihat dan tidak lupa juga kepada exco yang memberi perkhidmatan cemerlang sepanjang satu sidang. Antara exco yang memberi perkhidmatan cemerlang sepanjang sidang iaitu exco media dan publisiti, exco protokol dan perhubungan luar, exco modal insan, exco sukan dan rekreasi serta Setiausaha Kerja.

Kesimpulannya, syukur terhadap Ilahi kerana telah mempermudahkan perjalan program dari awal hingga akhir dan bersyukur Allah telah memberi peluang kepada semua ahli pimpinan untuk berkhidmat kepada Persatuan Tahfiz Qiraat.