Oleh : Fauzi Basri

Tanjong Malim, 13 Disember 2024 – Telah berlangsungnya program tayangan amal filem“Sherif : Narko Integriti” dibawah anjuran bersama EXCO perhubungan awam & antarabangsa, Angkatan Mahasiswa Anti Rasuah (AMAR) UPSI dan Unit Integriti Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI).

Tayangan amal ini bertempat di Panggung Percubaan, Kampus Sultan Azlan Shah UPSI dengan seramai 200 peserta telah menyertai bagi menyaksikan filem Sherif ; Narko Integriti lakonan utama Aaron Aiziz, Syafiq Kyle Dan Zul Ariffin.

SESI BERGAMBAR BERSAMA PESERTA

Program ini mendapat kelulusan tayangan dan kolaborasi bersama produksi filem iaitu skop Production Sdn Bhd.

Semasa tayangan berlangsung turut dihadiri pengarah filem sherif : narko ingtegriti iaitu Datuk Dr.Yusof Haslam yang juga merupakan pengerusi skop production.

SESI SOAL JAWAB BERSAMA DATO

Program ini turut dihadiri oleh beberapa pegawai UPSI iaitu Pendaftar UPSI, Encik Helmi Zaifura Bin Abdul Rahman, Ketua Pegawai Digital UPSI, Ts. Dr. Megat Azrin Ahmad dan Encik Ilmizan Bin Ismail (Ketua Unit Integriti, UPSI).

SUASANA PARA PESERTA PROGRAM

Program ini adalah untuk menyebarkan kesedaran kepada pelajar betapa pentingnya integriti dalammelahirkan mahasiswa yang berdedikasi dan juga merupakan salah satu inisiatif yang bertujuanuntuk membentuk kampus bebas rasuah dengan menanamkan nilai integriti yang tinggi dalamkalangan pelajar, staf akademik, dan pentadbiran di institusi pendidikan tinggi.

Programini berfokus untuk memberi kesedaran tentang bahaya rasuah dan mendorong semua pihak di dalamkampus agar berperanan aktif dalam mewujudkan persekitaran yang bebas daripada sebarang bentuk rasuah ataupenyalahgunaan kuasa.

SESI BERGAMBAR BERSAMA PESERTA

Selain itu, pengarah program Tayangan amal sheriff : narko integriti saudari Izzah Raidah dalamucapannya, mengucapkan terima kasih kepada barisan ahli jawatankuasa yang bertungkus lumus menjayakan program dan memohon Maaf andai ada salah silap sepanjang pelaksanaan program.

Saudari izzah juga turut berterima kasih kepada rakan kolaborasi program iaitu kepada Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) UPSI SIDANG 2024/2025, Majlis Mahasiswa Koleh Harun Aminurrasid ( MMKKHAR), dan Majlis Mahasiswa Kolej Ungku Omar ( MMK KUO) kerana terlibat bersama-sama didalamhebahan program.

EN ILMIZAN PENGARAH UNIT INTEGRITI UPSI MEMBERI UCAPAN

Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada pengarah program dan seluruh ahli jawatankuasa pelaksanaatas usaha dan dedikasi dalam menjayakan program ini.

Semoga kejayaan ini dapat menempa namaAMAR UPSI di peringkat Universiti Pendididkan sultan idris (UPSI) sekaligus memperkenalkanpersatuan AMAR kepada mahasiswa/I.