Oleh: Arissa Hasya Auni
Tanjong Malim, 15 Januari 2025 – Pertandingan Tenpin Boling Trio Famili Pejabat Karang Mengarang (PKM) (FIGURA 2025) yang berlangsung hari ini di UPSI Sports Bowl dilihat menyerlah bakat pemain boling PKM apabila mereka menunjukkan permainan hebat.


Antara nama staf PKM yang menyerlah dalam pertandingan kali ini ialah llyah Nazrah Jamalludin menjadi Juara Individu (Wanita) (Kategori Staf PKM). Ilyah turut mendapat tempat kelima keseluruhan FIGURA 2025 selain mengangkat nama kumpulan Suka Suki sebagai Naib Juara Kumpulan. Pada 16 September tahun lalu, kumpulan ini merupakan Naib Juara Pertandingan Tenpin Boling, Trio Famili PKM-FSKIK (FIESTA).
Staf PKM yang turut menyerlah ialah Ahmad Janatul Firdaus@FI, Mohd Shahrizal Mohamad Ridzuan@Jai dan Nor Azura Mustafa Bakri @Zura. Mereka berjaya membawa kumpulan My Cute dinobatkan sebagai Juara Kumpulan (Kategori Seksyen PKM). Ahmad Janatul Firdaus juga menduduki tempat ketiga bagi Individu Lelaki.


Antara nama lain yang tidak kurang hebatnya ialah Megat Iskandar Shah Megat Hassan yang dinobatkan Juara Individu (Lelaki) (Kategori Staf PKM) dan Zuzalina Zulkanain@Eina yang mendapat tempat ketiga Individu Wanita dan Kumpulan AMS Reeep (Shahril Sadzib, Asmah Mohd Amin dan Megat Iskandar Shah Megat Hassan) berjaya menempatkan diri di tempat ketiga kategori kumpulan.
Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa FIGURA 2025 yang juga Pengasas Kejohanan Boling UPSI, Ahmad Janatul Firdaus berkata pertandingan ini dianjurkan bagi memenuhi permintaan warga PKM untuk penganjuran program di UPSI Sports Bowl pada 2025.
”Sebelum ini PKM menjadi PTj pertama menganjurkan pertandingan boling apabila Pertandingan Tenpin Boling Famili Trio Famili PKM-FSKIK (FIESTA) diadakan pada 16 September 2024 di UPSI Sports Bowl. Selepas itu, ada warga PKM yang meminta satu lagi program boling diadakan,” kata Ahmad
Menurut Ahmad lagi, FIGURA dianjurkan sebagai ”kick off” kepada acara Rabu@Qalbu di PKM selain menjadi aktiviti pemanas bagi saringan memilih pemain terbaik untuk KIESTA 2025 yang bakal berlangsung pada Mei 2025 nanti.
Untuk rekod, FIGURA 2025 merupakan siri ke-90 dalam penganjuran Kejohanan Boling Amatur UPSI. Kejohanan ”lejen” ini merupakan satu platform pertandingan pemain boling amatur diketuai oleh pengasasnya, Ahmad Janatul Firdaus Dzulkarnain pada tahun 2002.
Antara alumni kejohanan ini yang bertanding termasuklah pemegang rekod Jatuhan Pin Kejohanan Boling Amatur UPSI, Nurul Nabilah Zulkefli atau Bella. Dalam kejohanan siri ke-64 pada 16 September 2025 lalu, beliau berjaya memecahkan rekod kejohanan yang berusia 14 tahun dengan 234 jatuhan pin. Seorang lagi alumni ialah Siti Haslina Hasmek yang pernah memenangi tempat ke-4 Tenpin Boling (Individu), Kejohanan WBC Ladies League 2024 di Wangsa Bowl, One Utama. Asmah Mohd Amin @ Mohd Mansor dan Zaharuddin Hamzah pula menjadi alumni tertua yang masih menyertai kejohanan ini dan mula bermain sejak tahun 2002 dan 2003.


FIGURA 2025 menyaksikan sejumlah 32 orang peserta bertanding untuk merebut piala-piala lagenda kejohanan. Juara Keseluruhan FIGURA 2025 (Jaguh Kejohanan) dimenangi oleh Siti Haslina Hasmek dengan 320 jatuhan pin. Beliau turut menyapu bersih Johan Pusingan 1, Johan Pusingan 2 dan Jatuhan Pin Tertinggi Pertandingan selain menang Juara Individu Wanita (Kategori Terbuka).
Siti Haslina berjaya menebus kekecewaan pada pertandingan 2023 apabila pada ketika itu beliau tewas 1 mata untuk menjadi Juara Keseluruhan. Beliau juga berjaya membawa kumpulannya, Rocket Strikerz sebagai Juara Kumpulan (Kategori Terbuka) dengan 894 jatuhan pin bersama rakan sepasukan, Mohd Roslizan Abdul Rani @EJ dan Nurul Nabilah@Bella.
Tempat kedua FIGURA dimenangi oleh EJ dengan 290 jatuhan pin. EJ juga berjaya memenangi Juara Individu Lelaki (Kategori Terbuka). Tempat ketiga keseluruhan FIGURA 2025 menjadi milik Bella (284 jatuhan pin). Bella turut memenangi Naib Juara Individu Wanita. Azhari@AAU pula menang tempat keempat keseluruhan FIGURA 2025 selain memenangi Naib Juara Individu Lelaki.
Pertandingan kali ini turut menyaksikan rekod kejohanan, 234 jatuhan pin yang dicatatkan oleh Nurul Nabillah@Bella pada 16 September 2024 gagal dipecahkan. Jatuhan pin tertinggi yang dicatatkan kali ini rendah iaitu di bawah 200 melalui catatan Siti Haslina Hasmek (164).
Anugerah lain yang dipertandingkan termasuklah Anugerah Jatuhan Pin Bertuah yang menjadi milik Khalid Chew Edey Ridzuan Chew. Anugerah Khas CRZ (Tajaan Khas) menjadi milik bersama Nur Aini Zulkepli dan Nur Shahidatul Nasuha Alamgir Hossain Hezrat Ali. Turut diberikan ialah Anugerah Individu Daftar dan Bayar Awal dan Anugerah Khas Alumni, Anugerah Khas Jatuhan Pin Paling Rendah serta pemberian sijil kepada Ahli Jawatankuasa Program.

Penyampaian hadiah disempurnakan oleh Azlan Mohd Dahari, Pegawai Tadbir (Penerbitan), PKM dan Sofiatul Nazira Ahmad Shubki yang mewakili Pengarah PKM. Sesi Penyampaian Hadiah pula dikendalikan oleh Ahmad Janatul Firdaus Dzulkarnain sebagai juruacara majlis.
”FIGURA bakal menjadi program signature boling PKM pada tahun tahun mendatang,” kata Ahmad ketika mengakhiri perbualan.
