Oleh: Fayyadhatul Alyaa Ahmad Misnun dan Aina Maziah Kamalul Faizin

Tanjong Malim, 18 April 2025 – Pusat Kaunseling Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) telah menganjurkan satu program istimewa bertajuk “Meet and Greet Pusat Kaunseling” yang berlangsung meriah di ruang legar pusat kaunseling di bitarasiswa. Program ini bukan sahaja berjaya menarik kehadiran seramai 200 orang warga UPSI, malah turut dihadiri oleh delegasi Universitas dari Acheh, barisan VIP dan tetamu kehormat yang menyokong program-program yang telah dilakukan oleh pusat kaunseling dalam kalangan pelajar, rakan startegik dan kakitangan UPSI.

Program yang berlangsung dari jam 8.00 pagi hingga 5.00 petang. Kehadiran tetamu-teamu  penting universiti termasuk Profesor Dr. Norkhalid  Salimin, Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar & Alumni), Prof. Madya Dr. Mohd Izwan Shahril, Pengarah Bahagian Komunikasi Korporat serta pengetua-pengetua kolej kediaman yang menyerikan lagi suasana program yang bertemakan “STOP, BREATHE AND RECHARGE”.

Antara objektif utama program ini adalah untuk memperkenalkan Pusat Kaunseling UPSI serta kelab-kelab di bawah naungannya seperti PEMADAM UPSI, UPSI Preloved Shopee, Kelab Pembimbing Rakan Sebaya, dan Psychological First-Aid Team (PFA). Selain itu, program “Meet and Greet” bertujuan merapatkan hubungan strategik bersama barisan kakitangan universiti serta rakan kolaboratif bagi kelangsungan program pada masa akan datang.

Kemeriahan acara disemarakkan dengan pelbagai aktiviti interaktif dan santai di setiap booth kelab-kelab bawah pusat kaunseling seperti permainan Sahibah, sesi catur, journaling kreatif menggunakan stiker dan pelbagai booth menarik yang menggalakkan penjagaan kesihatan mental secara tidak langsung. Inisiatif ini telah memperlihatkan kreativiti dan semangat kerjasama tinggi dalam kalangan pelajar serta kelab-kelab terlibat.

Program ini telah mencapai matlamat utamanya dengan cemerlang apabila menerima maklum balas positif daripada para tetamu yang hadir. Mereka menyatakan kepuasan terhadap susun atur aktiviti dan layanan makanan yang disediakan. Lebih penting, program ini menjadi platform penyatuan kepada semua kelab di bawah Pusat Kaunseling  suatu peluang yang jarang dilakukan dan telah mengukuhkan lagi jaringan hubungan antara pelajar, staf serta pihak pengurusan universiti.

Dengan semangat yang ditunjukkan oleh semua pihak yang terlibat, Meet and Greet Pusat Kaunseling UPSI 2025 diharapkan akan menjadi acara tahunan yang dinanti-nantikan sebagai simbol sinergi dan kesejahteraan mental di UPSI ini.