Prof Madya Dr Ridzwan ( empat dari kanan) yang mewakili UPSI bertukar Dokumen Memorandum Persefahaman dengan Datuk Dr Ramle yang mewakili MCB.Prof Madya Dr Ridzwan ( empat dari kanan) yang mewakili UPSI bertukar Dokumen Memorandum Persefahaman dengan Datuk Dr Ramle yang mewakili MCB.

Oleh: Dr. Zahidah Ab Latif

KOTA KINABALU, 25 Mei 2025 – Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) dan Lembaga Koko Malaysia (MCB) memeterai Memorandum Persefahaman (MoU) di Sabah International Convention Centre (SICC), Kota Kinabalu, sempena Malaysian International Cocoa Fair (MICF) 2025.

Majlis bersejarah ini disaksikan oleh Pengerusi Lembaga Koko Malaysia, Datuk Matbali Musah, serta
Pengarah Lembaga Koko Malaysia, Datuk Dr. Ramle Hj. Kasin.

Menurut Pengarah Akademik UPSI, Profesor Madya Dr. Ridzwan Che Rus yang mewakili UPSI,
MoU ini bertujuan untuk memperkukuh kerjasama dalam bidang penyelidikan, Pembangunan produk dan latihan dalam industri koko negara.

Beliau berkata kerjasama ini akan memberi manfaat kepada kedua-dua pihak dalam meningkatkan kualiti pendidikan dan penyelidikan, serta menyokong pembangunan industri koko yang mampan di Malaysia.

Sementara itu, Ketua Pengarah MCB, Datuk Dr. Ramle Kasin menyatakan bahawa kerjasama ini adalah langkah strategik dalam memperkukuh ekosistem industri koko negara, dengan melibatkan institusi pendidikan dalam penyelidikan dan pembangunan teknologi berkaitan koko.

MICF 2025, yang berlangsung dari 24 hingga 27 Mei 2025, turut menyaksikan pelbagai aktiviti menarik seperti pameran, pertandingan pembuatan coklat, dan sesi perkongsian industri.

Acara ini dihadiri oleh lebih 1,000 peserta dari dalam dan luar negara, menjadikannya platform penting dalam mempromosikan industri koko Malaysia ke peringkat global.

Beliau berkata kerjasama antara UPSI dan MCB ini diharapkan dapat memperkukuh lagi kedudukan Malaysia sebagai pengeluar utama koko dunia, serta meningkatkan kemahiran dan pengetahuan dalam kalangan generasi muda melalui pendidikan dan penyelidikan yang berterusan.